Bercakap Dengan Anak-anak Ini Tidak Sama Macam Orang Dewasa, Tak Boleh Main Ikut Suka Sahaja. Ini Cara Buat Anak Mudah Dengar Kata.

Oleh: Zuzu Yasmine

Anak-anak ini ada macam-macam kerenah, ada yang begitu dengar kata dan sangat mudah untuk dijaga. Yang ini sangat menenangkan hati tapi seribu dalam satu. Ada juga anak tak dengar kata, anak tidak boleh kena marah ataupun anak menguji kesabaran ini selalu sangat berlaku buat mereka yang sudah bergelar ibu bapa ini.

Tapi kerana anak, sudah tentu marah dan penat macam mana sekalipun akan senyum dan cuba untuk hadapinya. Sebagai ibu bapa, tentunya anda ingin tahu bagaimana nak handle keadaan ini. Kalau ada cara untuk buat anda mudah dan senang dijaga tentu anda ingin tahu bukan?

Sedar atau tidak bahawa cara yang selalu kita gunakan kepada anak kita itu sebenarnya cara yang salah. Eh, cara berkomunikasi dengan anak pun dah salah macam mana mereka ini tidak takut. Menurut Dr Rizal Abu Bakar, bercakap dengan anak-anak beza dengan bercakap dengan orang dewasa. Tak boleh main bantai saja. Ada sains dan seninya berkaitan dengan anak-anak ni.

Haa... ibu-ibu dan bapa-bapa, jom ketahui cara yang betul ketika bercakap dengan anak anda.

Level umur anak yang berbeza juga perlukan cara bercakap yang berbeza. Tetapi satu persamaan bab bercakap yang ramai orang tidak tahu.
 


Apabila bercakap dengan anak saya akan pastikan yang level mata saya dan anak sama. Penting sangat benda ni. Kalau kita berada di atas dan pandang ke bawah, anak mudah rasa terancam. Sama posisi biasanya masa anak kena marah.

Bila pandang terus ke mata pada aras sama, tumpuan anak lebih baik. Fokus mereka terus pada apa yang kita sebutkan. Mereka dengar dan faham. Arahan akan dilaksanakan.

Kalau kita bercakap tanpa si anak pandang ke mata kita, fokus mereka adalah pada objek yang mereka pandang. Dia tak fokus pada kita. Mereka seolah ‘pekak’ pada apa yang kita sebutkan. Akibatnya kita yang kecewa. Mereka pula kena marah sebab tidak ikut arahan yang kita berikan awal tadi.



Satu situasi yang selalu berlaku.

Tadi masa kat aiport nampak depan mata senario ni. Anak berumur sekitar 5 tahun ni keluarkan mainan. Seronok nampak dia main tolak dan sorong kereta kecil di atas lantai. Banyak pula tu kereta kereta kecil yang si anak bawa keluar. Seronoklah dia bermain. Macam-macam bunyi keluar.

Saya terhibur tengok keletah si anak. Bila announcement dibuat yang pesawat bersedia untuk berlepas, si ibu terus kata kat anak “pack up now.”

Si anak masih main. Ralit sungguh dia. Si ibu letakkan handphone dan ambil beg. Bersedia untuk bangun.

Masa nak bangun dia tengok si anak belum kemas mainan. Terus kena jerkah. Tangan dia pula terus singgah di telinga si anak. Nampak macam dia pulas tombol pun ada waktu tu.

Si anak pun spontan menangis. Ramailah yang memandang waktu tu. Si ibu buat tak tahu terus kemas mainan si kecil ni. Dah siap kemas terus direntap tangan si anak. Ditarik untuk bangun. Makin menangislah si anak itu.



Apa yang sepatutnya anda lakukan?

Peristiwa menangis ini boleh dielak. Apa yang si ibu perlu lakukan ialah panggil nama si anak dan tunggu. Biar anak lihat si ibu dulu. Mata anak dan si ibu kena lock dulu.

Bila mata dah bertentang jangan terus beri arahan. Si ibu perlu turun ke bawah. Biar paras mata si ibu dan si anak sama. Bila mata anak dah sama level baharulah si ibu berikan arahan.

Bila teknik Eye Locking Eye Level (EL2) digunakan, anak akan mudah dengar, patuh dan buat.

Untuk anak dah remaja atau besar, teknik EL2 juga beri kesan sama. Elak dari bercakap atau beri arahan sambil berjalan. Sambil berlalu beri arahan. Kaedah begini tidak berkesan.

Teknik EL2 dan banyak lagi teknik yang scientifically driven dan brain-based dikongsi dalam program Neuroparenting Online. Untuk belajar dan dapatkan kaedah dan teknik hasil dari kajian daftar sahaja di neuroversiti.com/neuroparenting.

Belajarlah. Bantu diri. Bantu anak. Make a difference.
 
 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen