Sorang Pendiam, Sorang Lagi Banyak Cakap. Ini Cara Jaga Hubungan Agar Tidak Terlalu Banyak Salah Faham.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa yang menduga, anda yang pendiam ini mendapat pasangan yang begitu banyak cakap sekali. Sama juga buat anda yang banyak cakap tetapi dapat pasangan yang pendiam. Aduh, macam tak kena dan serasi bersama sahaja, ataupun serasi je?

Apabila seorang jenis pendam segala perasaan manakala seorang lagi begitu mudah luahkan segala yang terbuku dalam hati tentu sahaja akan mudah timbulkan salah faham dalam hubungan yang akhirnya melibatkan pertengkaran. Eh, tapi sudah tentu ada sayang akan pasangan anda bukan.


Kadang kala susah juga nak fahamkan pasangan yang seperti ini, mana tidaknya anda dan dirinya sedikit berbeza. Akan tetapi itu bukan penghalang untuk kalian bersama, sudah tentu ada cara untuk selesaikan perkara ini.

Sudah tentu! Ini tips yang boleh anda ikut.



Memahami keperluan masing-masing.

Mungkin anda seorang yang sukakan suasana agak meriah dan bising, manakala dirinya pula sukakan ketenangan dan kedamaian. Maka dengan itu, anda cuba untuuk saling memahami dan melengkapkan apa yang kalian perlukan. Jangan memaksa dia ikut anda atau anda paksa diri anda ikut dirinya. Cuba untuk berlaku adil dengan memahami keperluan masing-masing.

Komunikasi

Tidak sukar buat anda yang mudah luahkan apa yang tersimpan, tetapi agak sukar untuk mereka yang suka simpan perasaan. Jadinya, kalian perlu cuba untuk berbincang dalam keadaan tenang dan juga serius, bukannya terburu-buru ingin selesaikan masalah tersebut.



Cuba masuk ke dunia pasangan

Anda boleh cuba memasuki dunia pasanga anda, yang bermaksud bahawa kerana anda mempunyai keperibadian yang berbeza, anda tidak boleh menyakiti untuk mencuba perkara baru seperti yang anda ingin rasakan sebagai dirinya. Dengan cara itu, anda dapat memahami apa yang ada dalam kedudukan anda. Begitu juga sebaliknya, pasangan anda boleh melakukannya, anda boleh meminta dia untuk berjumpa dengan rakan-rakan anda, jadi dia merasakan kedudukan anda sebagai dirinya. Ia bertujuan untuk menghormati satu sama lain.

Perbezaan bukan bermakna kalian ini tidak boleh bersama, perbezaan ini kadang kala yang membuatkan kalian lebih sempurna bila bersama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen