Tidur Sebentar Pada Waktu Siang Sangat Baik Untuk Jantung Mengikut Islam & Sains, Tapi Jangan Tidur Secara Berlebihan Pula.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dapat lelapkan mata sementara pada waktu rehat sememangnya sangat melegakan dan menyegarkan diri yang letih dan lesu ini. Bahkan, tidur pada waktu siang sebentar adalah sunnah Nabi yang ditinggalkan untuk kita semua.

Sabda Rasulullah s.a.w “Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah” (Riwayat at-Tabrani)

Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari. Waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.


Satu kajian daripada University Hospital of Lausanne, Switzerland menunjukkan tabiat tidur siang sekali atau dua dalam seminggu mampu menurunkan risiko penyakit jantung.

Kajian berkenaan mengkaji hubungan antara kekerapan tidur, tempoh tidur dengan risiko kematian serta risiko penyakit kardiovaskular.



Seramai 3,000 orang berusia 35 hingga 75 tahun telah dikaji dalam tempoh lima tahun kajian dan hasilnya, mereka yang tidur siang sekali dua dalam seminggu, antara 5 minit hingga 1 jam, mempunyai 48% kebarangkalian untuk tidak mengalami sakit jantung dan strok.

Namun begitu, keputusan ini tidak pula berkaitan dengan jumlah tidur siang yang berlebih-lebihan.

Menurut Profesor Naveed Sattar dari Institute of Cardiovascular and Medical Sciences, University of Glaslow, Scotland berkata, tidur sekali sekala pada waktu siang hari boleh memberikan tubuh badan sihat dan kehidupan yang lebih teratur berbanding mereka yang kerap tidur siang setiap hari.

Tidur sebentar sememangnya memberi tenaga, akan tetapi jangan tidur lama-lama pada waktu rehat. Takut nanti dimarah bos pula.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen