Pilih Pasangan Berdasarkan Negeri, Adakah Perkara Ini Wajar Dilakukan Dalam Mencari Pasangan?

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang berhak dalam membuat pilihan pasangan hidup mereka. Nak yang bagaimana, bahkan tidak mahu yang macam mana, juga merupakan pilihan yang mereka boleh lakukan untuk masa depan mereka. Berkahwin ini bukan untuk sehari dua tetapi selama-lamanya, sebab itulah kena pilih berhati-hati seperti yang kita inginkan.

Perkahwinan ini bukan hanya melibatkan dua hati sahaja, akan tetapi ia juga melibatkan orang sekeliling terutama kedua-dua ahli keluarga. Sebab itulah, dalam perkahwinan ini perlu mendapatkan restu dari ibu bapa agar hubungan yang terbina lebih bahagia.

Kadang kala, bila anda dah betul-betul suka akan seseorang itu tapi keluarga anda tidak menyukai dirinya. Boleh jadi, disebabkan latar belakang, sejarah pendidikan, negeri asal mereka dan macam-macam lagi. Eh, ditolak hanya kerana negeri? Logik ke akan perkara ini?


Tentu sahaja ada yang sesetengah orang yang begitu taksub dengan sifat kenegerian ini. Bila seorang yang membuat salah dan tidak kesenangan, maka seluruhnya kena tempias yang sama. Kerana nila setitk rosak susu sebelanga, itu sahaja kata-kata yang sesuai buat situasi ini. Namun, adakah perkara ini wajar dalam pemilihan pasangan? Bukan ke melihat berdasarkan individu itu lebih penting.

Ada beberapa sebab bahawa perkara ini tidak seharusnya berlaku, kerana...



1. Nilai berdasarkan individu bukan keseluruhan.

Manusia perlu dilihat secara individu bukannya secara keseluruhan. Bahkan, jika dilihat bahawa setiap orang ini mempunyai sikap dan sifat yang berlainan, jadinya tidak boleh hanya menilai seseorang berdasarkan negeri mereka. Sebagai contoh, jika anda menyatakan bahawa mereka ini tidak pembersih sudah tentu bukan semuanya seperti itu. Kebersihan itu adalah berdasarkan individu bukannya kerana negeri.

2. Setiap orang melakukan salah, jangan mudah jatuhkan hukum yang sama pada semua orang.

Setiap orang sudah tentu melakukan kesalahan, tetapi itu tidak bermakna mereka semua melakukan perkara yang sama. Sudah tentu tidak bukan, jika anda samakan mereka semua hanya kerana satu perkara itu sudah tentu bukan satu perkara yang adil. Boleh jadi yang melakukannya seorang sahaja, yang selebihnya itu tidak pun melakukan perkara tersebut.



3. Lain orang lain cara.

Jangan terlalu mudah menganggap bahawa orang itu sebegitu kerana negeri mereka, sedangkan setiap orang tidak sama caranya. Boleh jadi juga cara hidup anda juga tidak sama seperti orang lain. Maka dengan itu jangan begitu mudah nak menyatakan sesuatu.

Namun begitu, bukanlah satu perkara yang mudah nak menukar apa yang telah orang fikirkan mengenai perkara ini. Bagi mereka, bertindak seperti ini adalah lebih baik kerana mereka berhati-hati dalam mencari calon pasangan mereka.

Adalah diingatkan bahawa jika anda bersikap berlebihan sehingga menghina, ia akan berbalik kepada anda semula. Kata-kata itukan satu doa. Tak suka-tak suka juga, takut-takut nanti anda yang berkahwin dengan orang dari negeri yang anda tidak suka itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen