Takut Terpilih Suami Orang, Ini Cara Bezakan Antara Suami Orang Atau Lelaki Bujang. Hati-Hati, Jangan Sampai Tersalah Pilih.

Oleh: Zuzu Yasmine

Nak pilih pasangan hidup ini bukanlah satu perkara yang mudah. Kena lebih berhati-hati takut ditipu malah takut juga kalau tersalah pilih. Buatnya dah pilih dia sebagai pasangan kita, tiba-tiba dia pula menolak diri kita. Sudah tentu kecewa dan hancur berderai segala harapan.

Tak hanya itu sahaja, yang paling takut bila dah bercinta dengannya bertahun-tahun, tiba-tiba dia itu suami orang. Aduh... kena tipu dan juga dikecewakan juga. Tak akan nak berkongsi kasih pula kan.

Nak pilih calon suami ini kena berhati-hati, nak-nak lagi ada suami orang yang suka menyamar menjadi bujang, tentu sahaja mudah mengelirukan diri anda. Tak akan nak jadi orang ketiga dalam hubungan mereka pula, sedangkan mereka sudah berkahwin anda pula hanya kekasih gelapnya.


Jadi untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku, anda perlu tahu bezakan mana lelaki bujang dan mana suami orang.



Lelaki bujang

1. Suka curi-curi pandang diri anda, apabila perbuatannya kantoi dia akan berasa malu.

2. Dia akan menjadi kelam kabut bila berdepan dengan seseorang yang dia sukai.

3. Suka menunjukkan kelebihan yang ada seperti bakat dan gaya gentlemen hanya untuk tarik perhatian anda.

4. Rasa teruja bila melihat wanita yang dia sukai.

5. Selalu bercakap tentang anda pada rakan-rakannya.

6. Tak pernah putus asa dalam memikat hati anda.

7. Sentiasa cuba kerap menghubungi anda dan selalu mulakan perbualan.



Suami orang

1. Mudah tertarik berdasarkan tubuh badan seorang wanita.

2. Tahu bagaimana nak ambil hati anda dengan kata-kata yang lembut, memahami dan manis sekali.

3. Seorang yang memahami wanita kerana dia mempunyai pengalaman dalam memikat wanita.

4. Sentiasa tahu menambat hati anda dengan perkara yang romantik.

5. Paling penting, hanya mencari anda untuk melepaskan rasa sunyinya.

6. Susah nak dihubungi pada malam hari atau waktu-waktu yang penting.

7. Tiba-tiba ubah topik perbualan apabila sedang bercakap di telefon.

Sekarang ini, ada suami orang yang menyamar sebagai lelaki bujang untuk hilangkan kesunyian mereka. Maka dengan itu, anda perlu berhati-hati agar tidak terjatuh pada perangkap mereka. Bukan hanya itu sahaja, jangan menjadi orang ketiga yang melukan kaum sendiri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen