Walaupun Orang Lelaki Selalu Kurang Peka, Tetapi Jangan Lakukan Perkara Ini. Mereka Pun Ada Hati & Mudah Terguris.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seperti yang kita tahu bahawa lelaki ini sememangnya kurang peka akan kemahuan pasangan. Kadang kala, bila dah bagi hint sekalipun mereka ini tetap kurang memahaminya lalu merasakan bahawa wanita ini sukar untuk difahami. Malah, mereka selalu menggunakan alasan bahawa wanita ini tidak berterus terang, itu yang membuatkan mereka kurang faham.

Tidak hanya itu sahaja, lelaki ini juga penuh dengan ego mereka. Bila cakap mengenai ego, sudah tentu wanita tahu bahawa lelaki tidak suka mengalah dan sentiasa ingin menjaga air muka mereka. Jadinya, sebagai seorang wanita menganggap bahawa lelaki ini keras dan kalis perkara yang remah lalu membuat keputusan untuk buat beberapa perkara yang tidak sepatutnya dilakukan.

Walaupun lelaki ini ego, kurang peka, serta tidak ambil peduli tapi itu tidak bermakna mereka ini tidak mempunyai hati dan perasaan yang kadang kala boleh terluka dengan sikap pasangan mereka.


Ini beberapa perkara yang tidak seharusnya anda lakukan kepada pasangan anda.

1. Tidak endahkan pasangan dan membiarkan sahaja.

Selalunya bila merajuk, rasa marah dan juga tidak puas hati dengan pasangan, sudah tentu anda akan melakukan perbuatan ini. Sengaja mengabaikan dirinya dan membiarkan dia tercari-cari anda itu bukanlah satu perkara yang sepatutnya anda lakukan. Malah anda juga hanya mendiamkan diri membuatkan diri tercari-cari salahnya. Dalam diam dia boleh buat kesimpulan yang macam-macam, mungkin akan beri kesan pada anda juga. Lebih baik berterus terang akan segala perasaan tidak puas hati anda pada dirinya.



2. Selalu membandingkan dia dengan orang lain, dia mudah tersinggung.

Sesiapa sahaja sudah tentu tidak selesa apabila dibanding-bandingkan. Walaupun dengan apa jua alasan, apabila dibandingkan ini akan membuatkan seseorang rasa sakit hati. Bukan ke anda telah menerimanya sebagai pasangan anda, bukan ke lebih elok kalau terima dirinya dan menghargai seadanya dia.

3. Bergurau secara keterlaluan.

Tidak salah untuk bergurau, malah bergurau ini juga boleh membuatkan hubungan semakin mesra dan juga erat. Namun begitu, bergurau sehingga keterlaluan yang mungkin membuatkan dia terasa hati bukanlah seharusnya anda lakukan. Bagi anda ia satu gurauan yang biasa, tetapi bagi dirinya ia melibatkan maruah yang tidak sepatutnya anda buat bahan gelak ketawa.



4. Memintanya untuk berubah.

Berubah menjadi seperti yang orang lain inginkan bukan satu perkara yang mudah. Malah, anda juga tidak boleh semudahnya memaksa orang lain berubah mengikut apa yang anda mahukan. Jika anda meminta pasangan untuk berubah demi anda, ia akan membuatkan dirinya rasa tidak dihargai.

5. Memperlekehkan dia di depan rakan-rakannya.

Bila di hadapan kawan rapat tentu sahaja semua perkara akan dikongsi tanpa rasa kekok atau segan silu. Tapi, kalau ia melibatkan pasangan anda, jangan berkata apa-apa. Ini kerana, pasangan anda akan rasa seperti dipermainkan dan diejek. Sudah tentu dia akan terasa hati lalu merasakan bahawa anda sengaja memperlakukannya seperti itu.

Lelaki ini walaupun dilihat luarannya keras dan kadang kala macam kalis perasaan, tapi dia masih punya hati dan perasaan yang akan terguris bila-bila masa sahaja. Jika anda berada ditempatnya tentu anda akan berdepan dengan perkara yang sama. Kalau sayangkan hubungan, maka sentiasa berhati-hati dengan tingkah laku anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen