Sibuk Sangat Menanti Hari Bahagia, Jangan Lupa Untuk Periksa Jenis Darah Sebelum Kahwin. Penting Ni!

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila bercakap mengenai bakal melangsungkan majlis perkahwinan, tentu rata-rata bakal pengantin akan sibuk untk berbincang mengenai pakaian, tema serta hantaran pada hari tersebut. Sedangkan ada perkara yang penting yang perlu dilakukan oleh pasangan suami isteri.

Selain menyenarikan segala perkara untuk hari persandingan kalian, pemeriksaan tahap kesihatan juga perlu dilakukan oleh pasangan yang bakal berkahwin. Salah satu pemeriksaan yang dilakukan adalah dengan melakukan ujian jenis darah. Ramai yang masih tidak nampak kepentingan akan perkara ini lagi.

Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk kenalpasti tahap kesihatan kalian. Jika kalian mempunyai kesihatan yang baik, ia akan memberi kesan pada masa depan serta keluarga anda pada masa akan datang. Dengan melakukan ujian darah ini, anda boleh mengetahui jenis-jenis darah serta jenis Rhesus baik diri anda mahupun pasangan.


Penting atau tidak pemeriksaan ini?

Sudah tentulah ia penting, nak-nak lagi buat pasangan yang ingin berkahwin serta ingin memiliki zuriat sendiri. Pemeriksaan jenis darah ini adalah ujian yang sangat mudah, namun ia penting untuk bakal bayi anda. Sekiranya darah anda dan pasangan tidak sesuai, ia mungkin akan memberi kesan kepada proses pertumbuhan dan perkembangan janin dalam rahim serta selepas kelahiran bayi anda.

Menurut Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan UK, menyatakan bahawa banyak manfaat yang boleh didapati sekiranya pasangan menjalani ujian darah sebelum berkahwin. Keputusan kesihatan secara menyeluruh dapat memastikan keadaan genetik anda dan pasangan dalam keadaan yang baik tanpa ada sebarang masalah.



Terutama pada lelaki, bagi mengetahui tahap genetik yang diperlukan jika ingin mrmpunyai zuriat selepas berkahwin. Menurut kajian dari Klini Cleveland, hasil dari ujian genetik pada golongan lelaki boleh mengelakkan mereka dari menghadapi masalah kemandulan.

Jangan ragu-ragu dan malu untuk pergi ke hospital untuk melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum berkahwin.

Kepentingan mengetahui Rhesus dari jenis darah



Bukan hanya boleh menegtahui jenis darah, malah ujian darah ini juga boleh menentukan Rhesus jenis darah. Rhesus sebenarnya mempunyai dua jenis yag berlainan iaitu Rhesus negatif dan juga positif. Rhesus juga boleh ditemui dari jenis darah wanita menjejaskan keadaan kehamilan dikemudian hari. Jenis darah yang mempunyai antigen akan menjadikan seseorang mengahdapi Rhesus positif dan Rhesus negatif.

Hasil dari laporan Persatuan Kehamilan Amerika, sekiranya wanita mempunyai Rhesus yang negatif manakala lelaki pula Rhesus positif, kemungkinan anak yang bakal dilahirkan nanti akan memiliki Rhesus positif mengikut ayahnya. Hal ini juga boleh menyebabkan tubuh badan si ibu akan menghasilkan antibodi dan memberikan tindakbalas perlahan pada darah bayi di dalam kandungan. Antibodi si ibu juga boleh menyerang plasenta serta mampu mendatangkan kesan bahaya pada bayi.



Untuk pengetahuan anda, antibodi yang dihasilkan oleh si ibu mampu memberikan kerosakan sel darah merah janin dan menyebabkan bayi mengalami anemia hemolitik secara semulajadi di dalam rahim. Jika lambat dirawat, ia mampu meningkatkan risiko kerosakan otak, penyakit yang kronik dan mampu menyebabkan kematian pada janin dan bayi baru lahir.

Oleh itu, sangat penting untuk anda dan pasangan melakukan pemeriksaan jenis darah sebelum berkahwin supaya anda mendapatkan segala yang di impikan dalam kualiti kehidupan kekeluargaan dengan lebih baik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen