5 Jenis 'Toxic Relationship' Yang Perlu Anda Elakkan. Tak Berbaloi Terlibat Dalam Hubungan Yang Tak Ada Masa Depan Ni.

Oleh: Zuzu Yasmine

Walaupun secara realitinya dia itu adalah pasangan kita yang paling kita sayang sekali pun, tapi bila berdua dengannya kita tahu bagaimana layanan dirinya terhadap kita. Mungkin depan orang kalian seperti pasangan yang begitu romantik dan manis sekali, tapi bila berdua sebaliknya berlaku.

Kadang kala tidak semua hubungan yang kita harapkan itu akan menjadi romantik dan indah seperti yang kita harapkan. Salah faham dan berbaik semula itu biasa malah sama-sama merajuk juga perkara biasa kerana kalian berdua saling menyayanginya. Namun berlainan kalau dalam hubungan hanya anda yang mengalah dan hanya anda sahaja yang perlu berjuang.

Itu bukan menjadi satu hubungan yang bahagia tapi lebih dikenali sebagai “toxic relationship”. Dimana hanya anda sahaja yang berjuang untuk membuat hubungan bahagia, akan tetapi pasangan anda hanya lepas tangan sahaja.


Hubungan seperti ini biasanya tidak kekal lama kerana anda hanya akan melukakan hati sendiri malah anda juga akan pulihkannya semula. Ada beberapa jenis hubugan seperti ini yang perlu anda elakkan.

1. Selalu suruh minta maaf sedangkan dia yang salah.

Kalau kadang kala berlaku mungkin ego yang menguasai diri, akan tetapi jika ia terus menerus berlaku itu tandanya hanya anda sahaja yang sedang jaga hubungan tersebut dengan baik. Sering kali mengalah dan meminta maaf walaupun bukan salah yang anda lakukan itu tanda bahawa hubungan anda ini bukan satu yang membahagiakan diri anda.

Jika kerap kali berlaku perkara ini, jangan pilih untuk teruskan hubungan tetapi lebih memilih untuk cari kebahagiaan yang mungkin bukan bersamanya. Ini kerana, bila berkahwin pun dia masih akan kekalkan sikap “king” dalam dirinya.



2. Salahkan diri sendiri sedangkan kelakuan dia tidak sepatutnya.

Dia yang beralku curang, menipu, tidak setia serta pelbagai lagi perkara lain yang dia lakukan, tetapi akhirnya dia menyatakan bahawa anda adalah punca semua kesalahan itu berlaku. Sedangkan perkara tersebut adalah pilihan atas dirinya.

Seseorang yang tulus menyayangi diri anda tidak akan lakukan perkara ini dan menyalahkan anda semula. Ini kerana, perkara ini adalah pilihan yang dia mahukan.

3. Segala perkara diatur oleh pasangan.

Nak pergi sana tidak boleh, nak buat itu pun tidak boleh. Semua perkara yang anda lakukan mendapat halangan daripadanya. Dia selalu tidak bersetuju dengan diri anda, tetapi dirinya pula tidak suka diatur oleh anda. Perkara ini seolah-olah menghalang anda untuk lebih berjaya.

Sebagai pasangan seharusnya menyokong anda dalam setiap hal. Malah dia juga orang yang setia memberi anda semangat dalam segala perkara yang anda ingin lakukan.



4. Pasangan berubah-ubah perangai.

Bila inginkan sesuatu dirinya akan menjadi orang yang baik dan begitu menyayangi diri anda. Bila dia sudah dapat apa yang dia mahukan ataupun sudah rasa anda tidak diperlukan dia menjadi orang yang sangat dingin terhadap diri anda.
Jika anda selalu diperlakukan sebegini, ketahuilah bahawa dirinya sedang ambil kesempatan ke atas diri anda.

5. Rasa takut nak akhiri hubungan.

Takut tiada siapa yang memilih anda, tiada yang mahukan dan hilang tempat bergantung membuatkan anda terus bertahan dengan sikapnya. Perkara ini sememangnya akan berlaku kerana dirinya telah menguasai anda agar anda takut akan berlakunya perpisahan.

Jangan takut untuk mulakan langkah baru dalam hidup. Sudah tentu akan ada sinar yang menunggu anda di hadapan.

Jangan berada dalam hubungan yang tidak menguntungkan diri anda. Ini kerana, anda hanya akan melukakan diri sendiri dan membazir banyak perkara kerana menunggu sesuatu yang tidak pasti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen