Orang Perempuan Kena Pandai Cari Duit, Jangan Nak Tunggu Lelaki Kaya Masuk Meminang Sahaja.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita mana yang tidak mahu bersuamikan seorang suami yang berkerjaya serta mempunyai kewangan yang kukuh. Sudah tentu sedikit sebanyak akan meringankan beban seorang isteri serta isteri juga boleh tumpang senang yang sama.

Sememangnya sudah menjadi tugas seorang suami dalam mencari nafkah, beri keselesaan hidup dan pelbagai lagi, tetapi tak akan itu punca seorang isteri hanya duduk santai tanpa perlu ada wang sendiri.

Walaupun nafkah yang diberikan oleh suami-suami yang mempunyai kestabilan kewangan ini cukup malah lebih dari cukup, tetapi rasanya sangat berlainan apabila anda memegang duit dari hasil usaha anda sendiri. Nak buat apa dan beli apa dengan duit tersebut tentu lebih menyeronokkan serta bebas.


Tidak kiralah kerja apa yang anda lakukan, bahkan walaupun mendapat pendapatan yang tidak terlalu banyak sekali pun, tetapi kalau ia wang anda sendiri tentu sahaja rasanya agak lain. Bahkan banyak kelebihan kalau anda mempunyai kewangan sendiri.

1. Boleh beli barang yang diimpikan.

Tak perlu nak tunggu suami beri duit ataupun minta dari suami, jika anda wang sendiri anda boleh terus membelinya. Balik rumah nanti boleh claim pada suami pula, itu pun kalau suami jenis tidak berkira. Kalau jenis yang berkira dan anda hanya harapkan duit darinya tentu susah nak beli apa yang anda mahukan.



2. Bersedia untuk hal kecemasan.

Bukan nak minta tapi ini hanya untuk berjaga-jaga sahaja. Mana tahu suami anda tiba-tiba jatuh sakit dan tidak boleh berkerja lagi. Haaa... siapa yang akan menanggung semua perbelanjaan dalam rumah itu? Tak akan nak minta bantuan orang lain pula. Kalau anda mempunyai kewangan sendiri sedikit sebanyak boleh juga bayar apa yang patut.

3. Tolong suami bayar perbelanjaan rumah.

Walaupun suami bergaji RM5000 sekalipun tak akan cukup kalau dah bayar rumah, barang dapur, kereta, anak sekolah dan nafkah untuk anda sekali. Jika anda bantu suami dalam perbelanjaan rumah, sedikit sebanyak ada simpanan malah kehidupan juga lebih selesa tanpa perlu ikat perut dan pertengkaran.

4. Dapat bagi duit pada mak ayah.

Jangan ingat selepas kahwin anda boleh melupakan segala jasa mak ayah pada anda. Walaupun mak ayah tidak meminta wang atau apa-apa pun dari anda, tetapi sebagai anak yang ingat jasa ibu bapanya maka hulurkan sedikit wang buat mereka. Tak banyak pun tak apa, tetapi lebih puas hati kalau guna duit gaji sendiri. Bukan itu sahaja, anda pun boleh belikan mereka apa sahaja tanpa perlu dapat jelingan dari suami.



5. Bayar hutang.

Bila sudah tahu berhutang maka perlulah anda membayarnya. Hutang emas, PTPTN, Mara dan pelbagai lagi perlu dilunaskan segera. Bila anda ada duit sendiri, bolehlah anda bayar hutang yang dibuat tanpa bebankan suami anda.

Namun begitu, jika suami anda tidak mengizinkan anda untuk berkerja perlulah anda taat dan ikut katanya. Mana tahu dia sememangnya mampu tanggung dan mencukupi kemahuan anda. Itu lebih menguntungkan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen