Kalau Ajak Kahwin Banyak Sangat Alasan, Jangan Takut Nak Intai Kekasih Baru.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap kali menjalinkan hubungan sudah tentulah mempunyai satu tujuan, iaitu ingin mendirikan rumahtangga dan membina sebuah keluarga. Tujuan ini sudah tentu ingin dicapai oleh mana-mana pasangan yang bercinta. Tidak kiralah berapa lama pun hubungan itu tentu perkara ini menjadi impian.

Ada orang mungkin dia nak kenal-kenal dulu, nak tahu yang mereka ini serasi bersama ataupun tidak.

Ada orang dia cuba nasib je, kalau serasi terus nak kahwin kalau tak ada dia cari lain.

Ada juga yang setia dengan pasangan dia, dah berkali-kali ajak kahwin tetapi macam-macam alasan yang dia berikan.
Haa... yang ini nampak macam membimbangkan. Mana tidaknya, anda menunggu sesuatu yang tidak pasti. Betul ke dia nakkan diri anda? Serius dengan anda? Betul-betul nak kahwin dengan anda?


Jika anda terus menunggu yang tidak pasti tentu sangat letih dan bimbang. Umur semakin meningkat, kalau nak cari orang lain takut tak jumpa. Mana tidaknya skop mencari pasangan juga sudah tentu semakin kecil. Jadi nak kena buat apa ini?



Perkara yang anda perlu lakukan adalah keberanian dalam diri anda. Lakukan perbincangan dengan si dia sebaiknya. Jika masih menemui jawapan yang sama, maka dengan itu anda kena buat pilihan yang bijak, iaitu terus menanti dirinya ataupun memilih untuk mencari yang lain. Jika anda terus menunggu tanpa sesuatu yang pasti takut akhirnya ditinggalkan oleh si dia pula.

Selain itu juga, anda kena tinggalkan dirinya dan mulakan satu kehidupan yang baru. Dimana, cuba mencari calon lain sebagai pasangan hidup ataupun jalinkan hubungan dengan orang lain. Tapi pastikan anda telah putuskan hubungan anda dengan dirinya bukannya berlaku curang pula. Nak buat lakukan ini mungkin agak sukar, mana tidaknya hati masih pada si dia.



Percayalah bahawa Allah telah merancang sesuatu yang baik buat diri anda. Jika anda penat lelah menunggu itu lebih sakit berbanding perlu berusaha mencari seseorang yang serius dan mempunyai tujuan hidup yang sama.

Jangan terlalu fikirkan sayang anda terhadapnya, tetapi fikirkan masa depan anda. Berapa lama lagi anda perlu menunggu dirinya dan terpaksa berdepan dengan segala alasan yang sememangnya tidak mahukan anda di sisinya. Mana tahu selepas anda membuat keputusan ini, Allah jumpakan seseorang yang lebih baik darinya malah segera membuat kalian membina masjid.

Seseorang yang ikhlas dan sayang akan diri kita tidak akan beri pelbagi alasan untuk menghalalkan diri anda. Tapi dirinya akan cari beribu jalan untuk menghalalkan hubungan kalian. Jadi, bila ajakkan kahwin tidak dilayan maka bersedia untuk mengintai kekasih baru.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen