Tips Jimat Bajet Majlis Perkahwinan, Tak Perlu Sampai Buat Pinjaman Loan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila bercakap pasal majlis perkahwinan ini tentu sahaja mula fikir berapa ribu wang anda akan berterbangan. Fuhhh, baru fikir dah berpeluh belum lagi nak mula keluarkan wang dari poket.

Tapi bila difikirkan majlis ini berkahwin hanya sekali sahaja, mestilah nak buat wedding of the year. Eh, tapi bila tengok bajet macam tak cukup je simpanan selama ini. Aduh! Pening kepala nak fikir duit kahwin ni.

Menjadi idaman mana-mana pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga merancang majlis perkahwinan yang meriah dan juga besar-besaran. Bukan sekadar idaman sahaja, kadang kala ada juga yang ibu bapa sarankan agar majlis anak yang ini lebih meriah dari sebelumnya.


Oleh itu, setiap pasangan perlu lebih bersedia dari segi mental, fizikal serta kewangan. Anda perlu lebih jelas akan bajet majlis dan bagaimana menguruskan wang tersebut dengan baik agar majlis yang anda harapkan itu menjadi kenyataan. Bukan itu sahaja, anda juga perlu elakkan konflik kewangan selepas kahwin.

Ini dia tips jimat menjelang hari bahagia anda.

1. “Ukur baju di badan sendiri”

Jangan terlalu pentingkan standard sampai anda berhutang sana sini sehingga membebankan kalian berdua. Ramai pasangan yang terpaksa menanggung hutang yang menggunung kerana menginginkan majlis perkahwinan yang mewah dan gah. Hutang yang banyak juga punca rumahtangga tidak bahagia.



2. Tetapkan jumlah tetamu

Makin ramai tetamu yang anda undang ke majlis anda maka makin banyak wang yang diperlukan. Maka dengan itu, tetapkan tetamu anda. Bila semuanya sudah tetap ia memudahkan anda untuk mengira bajet makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.

3. Elak tempah tapi sewa.

Bila menempah baju kahwin sudah tentu ia akan memakan modal yang agak mahal. Lainlah kalau anda yang menjahitnya sendiri. Sewa sahaja baju yang akan anda gunakan untuk majlis persandingan anda itu nanti, apabila anda melakukan sewaan harganya jauh lebih murah berbanding menempah dengan harga yang agak mahal. Itu pun belum tentu anda akan memakainya berulang kali.



4. Majlis gotong royong

Adakan majlis bergotong royong antara orang kampung atau jawatan kuasa di tempat anda adalah jauh lebih jimat berbanding menggunakan khidmat katering. Ini dapat menjimatkan pengeluaran belanja bahan basah dan kos pengangkutan.

5. Jangan lupa tempah pakej foto semasa promosi

Siapa yang tak nak memori indah ini tersimpan dengan begitu baik sekali. Akan tetapi, kos menyewa juru gambar yang mahir bukannya murah. Tapi ia akan lebih murah kalau anda tempah bila tiba musim promosi. Tentu sahaja pelbagai pakej menarik dan murah yang ditawarkan.

6. Gubah hantaran sendiri

Walaupun tidak semahir macam mereka yang pakar dalam bidang ini, tetapi usaha anda membuat hantaran sendiri ini tentu akan lebih rasa manis bakal bergelar sebagai pengantin baru. Bukan itu sahaja, anda juga akan kelihatan lebih sweet dan menikmati saat-saat ini.



7. Tak perlu beri hantaran terlalu banyak

Mmeberi barang hantaran terlalu banyak ini hanya akan membazirkan wang anda sahaja, sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk perkara lain. Haaa... jadi bagi sikit-sikit tanda kenangan pun dah cukup tak payah sampai membebankan.

8. Beli barang ketika sale

Nak beri barang hantaran ini kadang kala mestilah lain sikit dari hadiah-hadiah yang pernah anda beri padanya. Tapi nak beli banyak tentu makan belanja yang agak banyak. Jadi jangan lepaskan peluang untuk beli barang hantaran anda ketika sale. Jimat pun jimat.



9. Survey untuk pakej yang murah

Jangan main terus booking sahaja, tetapi sebelum buat apa-apa cuba untuk lakukan survey dahulu. Pastikan anda bandingan beberapa harga berserta pakej yang murah, tidak kiralah untuk pelamin ke, makeup mahupun honeymoon anda.

10. Jangan lupa buka akaun khas untuk kahwin.

Ramai yang selalu lupa dan mengabaikan akan perkara ini. Ramai yang anggap bahawa perkara ini agak leceh. Sebenarnya, perkara ini lebih bagus dan memudahkan anda menyimpan dan menyemak baki simpanan anda dengan lebih teliti. Duit keluar masuk pun lebih mudah nak lihat.

Berkahwin ini sekali seumur hidup sahaja, tetapi pastikan majlis anda bebas hutang yang terpaksa ditanggung betahun-tahun. Jimat dan kena dengan bajet anda itu adalah yang terbaik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen