Rasa Insecure Dalam Hubungan Memang Perlu Ada, Tapi Kalau Terlalu Berlebihan Tak Syok Juga. Ini Cara Anda Tangani Rasa Insecure Dalam Hubungan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasa hubungan tidak selamat, rasa seperti pasangan berlaku curang dan rasa seperti ada yang tak kena sememangnya lumrah yang akan berlaku dalam hubungan. Bukan kerana anda tidak selesa akan hubungan yang ada tetapi kebimbangan anda terhadap hubungan dan takut kehilangan pasangan itu yang mengusai diri.

Mana-mana hubungan tentu sahaja akan mempunyai perasaan insecure yang agak tinggi. Nak-nak lagi mereka yang jalankan hubungan jarak jauh, dia punya rasa insecure itu kadang kala menjadi punca berlakunya perpisahan.

Siapa yang tak sayang akan pasangan, malah siapa pula yang tak sayang akan hubungan yang terbina. Tentu sahaja rata-rata dari anda sayang kedua-duanya sekali. Maka dengan itu anda perlu bijak kawal rasa insecure yang akan mengawal hati dan minda anda.


Bukan tidak bagus ada perasaan seperti ini, bagus untuk berhati-hati tetapi tidak bagus sekiranya sudah berlebihan. Maka dengan itu, cuba untuk kawal perasaan anda agar tidak menjejaskan hubungan yang ada.

Macam mana?

Orang-orang yang terlalu insecure ini cenderung untuk mempunyai kenangan yang buruk dalam hidupnya. Itu yang membuatkan dirinya tidak mampu menghilangkan rasa bimbang dan takut. Bangkit dari sesuatu yang pernah melukakan bukanlah satu perkara yang mudah, tapi kalau anda tidak cuba lakukan tentu sahaja anda akan berada di tahap yang sama.



Bukan itu sahaja, pasangan anda juga akan rasa kurang selesa dengan keadaan anda. Tahukan anda, bersikap positif akan membuatkan pasangan kekal bersama anda. Maka dengan itu, latih diri anda untuk ketahui mana yang anda sukai dan mana yang perlu dikawal.

Jangan terlalu bergantung harap pada pasangan anda. Ini kerana, apabila terlalu bergantung pada dirinya ia akan membuatkan anda semakin takut kehilangan dirinya. Tapi bila anda tahu berdikari, anda akan lebih bebas dan berfikiran lebih terbuka. Malah ia akan membuatkan pasangan terasa senang akan diri anda.

Apa yang paling penting dalam mengatasi perkara ini adalah keyakinan diri anda. Dimana, keyakinan ini akan membuatkan anda lebih yakin diri dan percaya akan sesuatu perkara yang telah ditetapkan buat diri anda. Bahkan percaya bahawa semuanya akan membaik tidak kiralah hubungan, pasangan serta diri sendiri ini membuatkan rasa itu semakin hilang.



Terlalu meragui pasangan adalah sangat tidak elok dalam hubungan yang terbina. Ini kerana, dia akan merasa sedikit tertekan kerana mendapat kawalan dan tekanan daripada anda. Maka dengan perkara itu, dirinya akan mula mencuri langkah melakukan perkara yang anda tidak sukai. Nak ragu-ragu pun sikit-sikit dah okay.

Rasa hubungan dalam keadaan tidak selamat itu adalah perkara yang normal, akan tetapi anda juga perlu tahu batas dan hadnya kalau sayangkan hubungan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen