Makin Dikejar Makin Jauh, Ini Antara Sikap Anda Yang Kurang Selesa Bagi Orang Lelaki.

Oleh: Zuzu Yasmine

“Disangkakan panas rupanya hujan ditengah hari” itulah yang sering terjadi apabila anda sudah yakin bahawa dia itu seorang yang tepat buat dirinya rupanya, dia mengundurkan diri dari hubungan yang terbina itu. Macam tak sangka dan tak terduga, anda fikirkan hubungan yang dibina ini akan baik-baik sahaja.

Tak tahu mana silap dan salah anda, tiba-tiba si dia undur diri dari hubungan yang dibina. Tidak kiralah dengan alasan yang baik atau sebaliknya, tentu sahaja ia akan melukakan hati anda. Siapa yang sanggup berpisah dengan orang yang mereka sayangi.

Sedalam mana cinta anda kepadanya sekalipun, jika dirinya tidak selesa akan kelakuan dan kerenah anda, boleh jadi dia akan angkat kaki pergi meninggalkan anda. Orang lelaki ini, mereka tidak akan jelaskan mana silap anda, tahu-tahu beri kata putus sahaja.


Ada beberapa sikap orang perempuan bila ketika bercinta, dirinya buat pasangan tidak selesa. Sebab itulah bila makin lama anda kejar dirinya, dia semakin jauh dari anda. Aduh, pening kepala juga ini. Haaa... ini yang perlu anda tahu.

1. Terlalu bergantung pada dirinya.

Kadang kala orang lelaki ini akan mudah rimas dengan sikap seperti ini. Mungkin tidak semua, tetapi ada lelaki yang kurang suka pasangannya terlalu bergantung harap pada dirinya. Boleh jadi dia mahukan seorang wanita yang berdikari dan tahu jaga diri sendiri. Jadi disebabkan itu dia memilih untuk berpisah dengan anda.



2. Anda suka lebih-lebih.

Orang perempuan ini memang suka lebih-lebih kadang kala. Masalah yang kecil ada yang dibesarkan. Malah hal yang remah juga menjadi satu perkara yang penting. Orang lelaki bila anda tekan akan perkara-perkara seperti ini dia jadi tak seronok dan hilang minat. Sebab itu dia memilih untuk bebas dari perkara seperti ini.

3. Fokus pada dirinya

Terlalu banyak perhatian atau fokus kepada dirinya juga membuatkan dia rasa kurang selesa. Boleh jadi, dia merasa seperti dikawal dan dikongkong. Orang lelaki yang belum kahwin tak suka akan perkara ini. Dia rasa tak bebas dan cepat rimas dengan tindakan ini. Maka dengan itu, cubaan nak larikan diri adalah pilihan yang bijak bagi dirinya.



4. Suka paksa-paksa.

Ini satu lagi perkara yang merimaskan orang lelaki. Orang lelaki ini mempunyai ego mereka yang tersendiri, apabila dipaksa-paksa ia membuatkan mereka rasa tercabar dan ego mereka akan menguasai mereka. Bila mereka betul-betul sayang akan anda, mereka akan rela hati untuk lakukan itu. Jadi jangan paksa-paksa pasangan sampai rasa tak selesa.

Jangan salahkan orang lelaki sahaja, mengapa dia ingin berpisah dengan anda. Cuba cari silap diri sendiri dan perbaikinya. Mana tahu selepas ini anda akan dapat yang lebih baik dari dirinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen