Wanita Cantik Lebih Memilih Lelaki Biasa-Biasa Sahaja, Bukan Rupa Yang Menjadi Ukuran.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai orang akan meletakkan rupa paras sebagai kriteria utama dalam mencari pasangan hidup. Baik lelaki mahupun perempuan, keduanya mementingkan akan perkara ini. Mana tidaknya, nak pandang hari-hari sudah tentulah kena sedap mata memandang, betul tak?

Akan tetapi, sedar atau tidak wanita yang cantik dan jelita biasanya lebih memilih lelaki yang mempunyai rupa paras biasa-biasa sahaja. Tak ada rupa sangat tetapi sedap mata memandang. Kadang bila kita sendiri tengok pun macam tak sesuai dan kena sahaja pasangan itu, sebabnya seorang cantik manakala seorang lagi biasa-biasa sahaja, tetapi itulah pilihan.



Mengapa wanita cantik lebih cenderung untuk memilih lelaki kurang kacang sebagai pasangan hidup?

Satu kajian mendapati, pasangan di mana isterinya mempunyai rupa paras yang lebih indah berbanding suaminya berpotensi untuk memiliki hubungan yang lebih harmoni dan setia bersama pasangan masing-masing.


1. Wanita mahu pasangan yang sentiasa menyokong

Pasukan pengkaji McNulty telah melakukan sebuah kajian terhadap 82 pasangan yang telah berkahwin selama 3 tahun. Rata-rata pasangan adalah berumur dalam lingkungan 20an.

Pengkaji telah merakam sesi dimana setiap pasangan itu berbincang akan masalah yang dihadapi selama 10 minit. Rakaman video itu kemudian dianalisa oleh pakar-pakar profesional dan hasil mendapati rata-rata wanita yang bersuamikan lelaki kurang dari segi paras rupa lebih cenderung menjadi “supportive” berbanding mereka yang kacak.



2. Hubungan lebih harmoni bila isteri cantik

Berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh Profesor dari sebuah institusi pengajian tinggi, “lelaki sangat sensitif terhadap tarikan wanita, manakala wanita pula lebih sensitig terhadap ketinggian dan kewangan mereka,” jelas Prof. Ariely.

“Perasaan takut kehilangan isteri membuatkan mereka sehabis baik untuk kekalkan perkahwinan itu,” tambahnya.

Apa-apa pun, orang sekarang selalu menyatakan lelaki kacak ini lebih cenderung untuk berlaku curang, tetapi untuk hari ini rasanya ia sudah tidak sesuai lagi. Baik lelaki yang kacak atau tidak, kedua-duanya berpotensi untuk berlaku curang terhadap isteri mereka.

Apa yang paling penting adalah bagaimana anda menjaga hubungan tersebut, berbanding hanya melihat rupa paras sahaja. Siapa tahu rupa paras yang tidak seberapa tetapi hatinya cukup sayang kepada anda membuatkan anda memilih si dia.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen