Jangan Terlalu Percaya Akan Orang, Takut Nanti Dia Punca Perpisahan Dalam Hubungan Kita.

Oleh: Zuzu Yasmine

Berbuat baik itu tidak salah, akan tetapi perlu berpada-pada. Jangan kerana merasakan bahawa dia itu adalah orang yang paling baik pernah anda jumpa membuatkan anda percaya terus kepadanya. Nak-nak lagi jika anda ini menjalinkan hubungan tidak kiralah ketika bercinta mahupun sudah berumahtangga.

Ini kerana, anda tidak tahu siapa yang tidak menyukai anda dalam diam, ataupun siapa yang menyimpan perasaan terhadap pasangan anda. Boleh jadi sikap baik dan kepercayaan yang anda letakkan itu akan membuatkan mereka mengambil kesempatan dan mengkhianati diri anda.



Jangan terlalu percaya

Jangan mudah percaya walaupun dengan pasangan sendiri adalah perkara yang perlu anda lakukan. Bukannya tidak perlu percaya sepenuhnya tetapi perlu ada kebimbangan sedikit. Ini kerana, apabila anda telah menyerahkan segala kepercayaan anda, itu akan membuatkan si dia mengambil peluang atas kepercayaan anda.


Bila dengan rakan-rakan pun jangan terlalu percaya, nak-nak lagi bila anda selalu berkongsi masalah dengan mereka. Mungkin bagi anda mereka ini adalah pendengar yang baik, tetapi sebaliknya mereka ini boleh jadi batu api atau duri dalam daging tanpa anda sedari. Maka dengan itu, bila nak meluahkan sesuatu mengenai hubungan adalah lebih baik kepada ahli keluarga ataupun tempat-tempat yang boleh memberikan nasihat yang baik.



Jangan terlalu berbuat baik

Niat untuk berbuat baik ini tidak salah, tapi jangan sampai anda terlalu baik sehingga membuatkan orang ambil kesempatan ke atas anda. Jika anda terlalu baik dengan pasangan anda, tidak mustahil dia mengambil kesempatan atas kebaikan yang anda berikan itu. Jika anda berbuat baik dengan rakan anda pula, tidak mustahil dia tikam belakang anda.

Perkara sebegini bukannya satu perkara yang baru lagi, dimana rakan baik sendiri yang merampas pasangan kita. Kenapa?

Ini kerana kepercayaan yang telah diberikan serta setiap perbuatan baik yang dilakukan kepadanya tanpa ada rasa curiga pun di dalam hati anda. Bila mana anda cuba untuk mengawal dan menghalangnya maka ia sudah tidak berguna dan hanya menyebabkan anda yang terluka.

Sebelum berlaku ini kepada diri anda pula, maka lebih baik berhati-hati dalam berbuat baik dan memberi kepercayaan kepada seseorang. Walaupun sayang macam mana dia pernah tunjukkan kepada anda, itu semua tidak menghalang perbuatannya untuk mengkhianati hubungan yang terbina.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen