Dalam Mencari Pasangan Jangan Pilih Yang Ikut Cita Rasa Kita Sahaja, Tapi... Ini Pesanan Prof Dr Muhaya Untuk Menjadikan Pilihan Anda Sebagai Pasangan Hidup.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap insan mengimpikan teman hidup yang mampu menemaninya hingga ke hari tua. Itu sememangnya satu fitrah manusia yang tidak boleh dilawan atau disekat. Siapa yang tidak mahu mempunyai pasangan, yang menghilangkan rasa sunyi dihati dan menjadi segala pengubat kesedihan.

Namun jodoh itu adalah rahsia Allah yang tidak kita ketahui. Kita tidak tahu bila kita akan bertemu jodoh, sama ada ketika zaman sekolah, belajar di universiti, satu tempat kerja ataupun terlanggar bahu di tepi jalan. Itu semua adalah perancangan Allah yang telah tetapkan buat kita sebagai hambaNya.


Nak cari pasangan hidup ini bukan satu perkara yang mudah, kena pilih yang paling elok barulah boleh buat pilihan untuk dibawa ke alam perkahwinan. Mana tidaknya, pilihan yang kita buat itulah yang menantukan masa depan kita kelak.

Setiap orang tentu sahaja ingin rumahtangga yang terbina itu berkekalan, orang kata sekali seumur hidup. Jadi, ini antara pesanan daripada Prof Dr Muhaya jika anda sudah mula serius dengan pasangan anda untuk meneruskan hubungan itu sehingga ke alam perkahwinan.

“Jangan bazirkan masa, emosi , wang dan kehidupan dengan aktiviti sia-sia tanpa terus pada tujuan perkahwinan dan membina diri kearah menjadi ibu bapa mithali.”

Semestinya jika anda ingin menjalinkan hubungan ada tujuan untuk berkahwin. Tak semestinya mendesak pasangan anda untuk kahwin, cuma ingin kepastian bahawa hubungan itu menuju kearah yang baik dan tidak sia-sia.

“Kepada kaum Adam, pilihlah seseorang yang akan menjadi ibu kepada bakal anak-anak kita iaitu guru pertama anak kita."

Ini bukan sahaja untuk lelaki tetapi untuk perempuan juga. Lihat dengan teliti perangai pasangan anda, jika mereka mampu menjadi seorang ibu atau bapa yang baik. Tetapi perkara ini tak boleh la nak menilai sekali pandang kerana ada individu yang naluri keibuan atau kebapaan itu datang apabila mereka bakal menerima cahaya mata.

“Jangan menyesal kerana tersilap pilih semata-mata nafsu saja. Kecantikan akan hilang tetapi akhlak kekal.”

Akhlak lebih mulia daripada kecantikan. Walaupun pasangan kita tu tak mempunyai paras rupa yang mengikut standard kecantikan masyarakat, tetapi yang penting akhlak mereka yang kekal sehingga bila-bila. Kita akan mula melihat mereka dengan mata hati, dan itu lebih penting.

“Gambaran cara wanita itu dibesarkan adalah cerminan keluarga beliau.”

Semestinya cara seseorang itu dibesarkan adalah gambaran cara mereka akan membina keluarga mereka. Tetapi sebenarnya tak juga, ada orang yang datang daripada broken family, dan sebab dia tahu betapa peritnya perasaan tersebut sebab itulah dia akan cuba sedaya upaya untuk tidak membuat anak-anaknya merasai keperitan itu.

“Pilih keluarga yang kita nak jadikan sebagai keluarga kita. Baru tidak berlaku masalah mertua dan menantu.”

Pepatah orang putih, “You’re not only marrying her, you’re marrying her family.” Jika tidak mendapat restu keluarga macam mana nak membina rumah tangga yang bahagia. Pasti ada masalah mertua dan menantu. Jadi, sebelum kahwin kita kenalah berkenalan dengan bakal keluarga mertua supaya kehidupan selepas kahwin tidak mempunyai pelbagai masalah.

Tapi apa-apa pun, dalam kita memilih ini cuba juga lihat niat diri sendiri dan juga pasangan. Kalau niat masih tidak mahu mendirikan rumahtangga dan rasa tanggungjawab itu belum ada, itu juga akan mengoyangkan hati untuk sama-sama berjuang dalam rumahtangga yang dibina kelak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen