Suka Tengok Cermin Berulang Kali, Hati-Hati... Mungkin Anda Hidap Sindrom Mental.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasanya ramai yang menganggap bahawa melihat dan menelak wajah di cermin itu adalah perkara biasa. Mana tidaknya, nak juga tengok kalau-kalau ada tahi hidung ke tahi mata ke yang terletak di wajah. Kalau tak ada barulah rasa yakin sikit.

Tapi ada juga yang akan melihat cermin banyak kali, dalam sehari itu berulang kali dia melihat wajah dan dirinya. Eh, macam ada yang tak kena pula.

Mungkin dirinya tak selesa akan penampilannyanya pada hari itu. Boleh jadi juga dia merasakan sesuatu pada wajahnya hingga membuatkan dirinya ingin melihat cermin sentiasa.


Akan tetapi, thukah anda tindakan sering memeriksa diri di cermin merupakan satu sindrom yang dikenali sebagai ‘Body Dsymorphic Disorder’ atau BDD.

BDD boleh menyebabkan seseorang mempunyai perbuatan atau fikiran berulang kali terhadap keadaan fizikal yang dianggap kurang.



Antara gejala BDD adalah:

• Selalu melihat cermin berulang kali
• Berlebih-lebihan dalam berpakaian
• Sering menguntil kulit bertujuan bagi melicinkannya
• Sering membandingkan fizikal diri dengan fizikal orang lain.

Menurut laman rasmi Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia, jika anda mempunyai mana-mana dari gejala diatas, sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan dari pakar psikiatri di klinik atau hospital berdekatan anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen