Dengan Cuaca Yang Agak Panas Akhir-Akhir Ini, Mandi Sebelum Tidur Buat Anda Tidur Lebih Lena.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada orang berpendapat bahawa mandi pada lewat malam tidak bagus untuk kesihatan. Ada yang menyatakan bahawa ia akan berdepan dengan sakit paru-paru berair ataupun masalah lain. Akan tetapi, ramai sahaja yang masih mengamalkan mandi lewat malam ini, nak-nak lagi buat mereka yang habis kerja sehingga lewat malam.

Tak akan nak tidur tanpa mandi dulu, sudah tentu akan rasa tidak selesa nanti.

Percaya atau tidak, mandi lewat malam ini sebenarnya boleh membuat anda tidur dengan lebih lena. Anda yang berdepan dengan masalah susah tidur, atau kerap terjaga waktu malam, ini adalah salah satu cara untuk dapatkan tidur yang lena.



Mungkin ramai yang mengambil jalan singkat dengan mengambil ubat tidur untuk dapatkan tidur yang lena, tapi itu adalah cara yang agak membahayakan diri sendiri.


Tahukah anda, mandi sebelum tidur ini sebenarnya sangat bagus. Menurut portal Time, kajian mendapati bahawa mandi pada waktu malam sebelum tidur membuatkan anda tidur dengan lebih lena.

Kajian dari Pusat Perubatan NewYork-Presbytetian/Weill Cornell mendedahkan suhu tubuh memainkan peranan penting dalam mengawal ritma sirkadian yang memberitahu bila tubuh perlu rasa mengantuk.



“Mandi adalah proses menyejukkan tubuh yang kemudiannya merangsang hormon oksitosin atau mengusir tekanan dan merangsang anda untuk tidur.”

Kajian sebelum ini juga mendapati mandi pada waktu malam dapat menurunkan suhu badan dan membuatkan seseorang itu mudah tidur.

Tidur dalam keadaan yang bersih sudah tentu membuatkan anda rasa lebih selesa dan tidur pun akan lebih nyenyak. Nak-nak lagi pada cuaca yang agak panas ini. Sesuai sangat cara ini untuk dapatkan tidur yang lena.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen