Lelaki Yang Tidak Tinggal Solat Subuh Ini Memang Lelaki Dambaan Para Wanita.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dapat calon suami yang tak tinggal solat subuh adalah perkara yang tidak boleh dilepaskan. Akan tetapi, kalau dapat yang rajin solat subuh berjemaah di surau lagilah menjadi dambaan hati para gadis.

Dalam proses mencari jodoh ini, jangan hanya nak pandang rupa paras, kekayaan, serta pangkat sahaja tetapi amal ibadahnya juga jangan dilupa. Ramai yang menyatakan diri mereka solat, tetapi cukup ke solat mereka malah, solat yang paling liat adalah solat subuh. Maka dengan itu carilah pasangan yang tidak pernah tinggalkan solat subuh mereka.

Suami yang baik, sanggup bersusah payah

“Buat apa susah-susah bangun awal?”

“Bukankah boleh solat bersendirian di rumah? Dua rakaat sahaja, bukannya lama. Tak sampai lima minit pun.”

Baik, itu perkataan orang kebanyakan. Jenis orang biasa-biasa.

Orang yang hebat, yang bakal mencari calon suami kau bukan orang biasa-biasa. Dia sanggup bangun awal untuk solat yang cuma dua rakaat dan beberapa minit sahaja.

Aku yakin, kalau dia jenis yang pergi solat Subuh berjemaah, dia juga jenis yang akan luangkan masa untuk solat tahajjud barang 2 rakaat sebelum bergerak ke masjid.

Dan satu lagi, aku yakin dia akan pergi awal untuk menunaikan solat sunat sebelum Subuh.

Sebab apa?

Sebab dia tahu, ganjarannya sangat besar.

Ada penerangan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, di mana solat sunat yang paling dituntut antara solat-solat sunat rawatib yang lain adalah dua rakaat solat sunat fajar. Ini kerana, padanya terdapat banyak kelebihan-kelebihan bagi sesiapa yang melaziminya.

“Dua rakaat sebelum fajar (solat sunat Subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya” (Riwayat Muslim)

Kalau dia sanggup bersusah payah demi agama, mesti dia akan sanggup bersusah payah untuk kau juga kan?



Suami yang baik, dia bukan jenis fake

Kau ingat bangun pagi awal-awal semata-mata nak pergi Subuh berjemaah itu mudah? Boleh main tipu-tipu?

Sehari, seminggu – boleh lagi fake. Itupun jika lelaki itu baca artikel ini dan cuba impress kau.

Tapi secara istiqamah, berterusan selama lebih 40 hari, memang susah. Tapi suami yang baik pasti boleh buat dan kekal istiqamah.

Ini bukan yang dibuat-buat.

Calon suami terbaik, tentu sekali bukan orang yang fake. Setuju?


Suami yang baik, dia bukan munafik

Munafik itu hipokrit. Dalam bahasa yang mudah faham, dia jenis berpura-pura sahaja. Depan kau lain, belakang kau lain. Mungkin kau akan cakap, lebih kurang dengan point fake di atas.

Ada sedikit kelainan.

Kau nak ke suami yang depan kau dia cakap lain, belakang kau dia cakap lain?

Aku tahu, kau cakap tak nak dalam hati.

Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Berat di sini ialah berat untuk menunaikan secara berjemaah di masjid. Suami yang baik pasti akan berupaya melakukan kedua-duanya.

Jadi, selalunya, orang yang solat Subuh di masjid atau surau, dia juga adalah orang yang solat Isyak berjemaah. Aku tak cakap semua. Selalunya.



Kau baca hadis di bawah:

Dari Abu Hurairah RA katanya; Rasulullah SAW bersabda:

“Solat yang dirasakan berat bagi orang-orang munafik adalah solat iIya` dan solat Subuh, sekiranya mereka mengetahui keutamaannya, nescaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak. Sungguh aku berkeinginan untuk menyuruh seseorang mengimami mereka. Lalu aku bersama beberapa orang lelaki membawa kayu bakar untuk mencari orang yang tidak menghadiri solat berjemaah, maka aku bakar mereka bersama rumah mereka.”
(HR Muslim No: 1041)

Solat Subuh berjemaah itu lebih baik dari tahajjud

Dalam satu kisah yang masyhur, ketika pemerintahan Saidina Umar al-Khattab, dia mendapati Sulaiman bin Abi Hathmah tidak hadir untuk menunaikan solat Subuh berjemaah.

Pada pagi itu juga beliau ke rumah sahabatnya lalu bertanya kepada ibunya al-Shifa’:

“Saya tidak melihat Sulaiman ketika solat Subuh? Lalu al-Shifa’ menjawab: Dia solat malam lalu tertidur pada pagi harinya. Kemudian Saidina Umar berkata: Sungguh, berjemaah dalam solat Subuh itu lebih baik bagiku daripada solat malam.”

Tengok, sampai macam itu sekali hebatnya solat Subuh berjemaah.



Macam mana nak cari?

Soalan yang bagus.

Takkanlah kau nak pergi masjid pagi-pagi bersendirian untuk mengintai siapa anak muda yang pergi solat Subuh berjemaah.

Aku sarankan, jangan.

Sebab apa?

Sebab kebanyakan orang yang pergi ialah pakcik-pakcik dan golongan veteran yang majoriti ialah suami orang. Kecuali kau tak kisah untuk bermadu. Itu adalah idaman mereka juga.

Kau berdoalah selalu pada Allah, agar dikurniakan jodoh yang baik mengikut apa yang Allah mahukan yang terbaik untuk kau.

Kalau ada yang mahu kenal-kenal dan nak jumpa mak ayah, jawablah:

“Kalau nak jumpa ayah saya, datang ke masjid. Ayah selalunya free selepas waktu Subuh”

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen