"Teringin Juga Sesekali, Kalau Sukakan Seseorang, Orang Itu Suka Kita Balik..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Bertepuk sebelah tangan sememangnya tidak berbunyi. Begitu juga dengan menyukai seseorang tetapi tidak mendapat sambuatan yang sama dari seseorang. Itu sememangnya akan melukakan hati dan membuatkan anda kecewa.

Tak boleh ke kalau kita menjadi seseorang yang paling dirindukan, dicintai dan paling diambil berat oleh seseorang yang kita cinta.

Selama ini hanya menyimpan perasaan terhadap seseorang bersedirian. Selama ini juga, hanya anda yang menginginkan dirinya sedangkan dia tidak pernah menghiraukan anda serta tahu akan perasaan sebenarnya.



Agak sukar rasanya mendapatkan seseorang yang mencintai diri ini, ketika kita mencintai dirinya.

Selalu rasa kecewa apabila melihat dia memilih orang lain berbanding diri ini.

Selalu diabaikan apabila kekasih hatinya disisi.

Sedangkan anda cuba melakukan yang terbaik buat dirinya.


Setiap orang yang menyimpan perasaan terhadap orang lain sudah tentu mempunyai satu keingian untuk dibalas perasaannya semula. Untuk dibalas cintanya semua malah untuk menepuk tangan anda kembali.

Jangan terlalu mudah untuk berasa kecewa apabila perasaan yang anda simpan terhadap dirinya itu tidak mendapat balasan yang sama. Jangan mudah rasa anda tidak layak dicintai hanya kerana dirinya tidak memilih dan memerhatikan diri anda.



Orang yang anda simpan perasaan ketika ini tidak membalas cinta anda, ketahuilah bahawa dia bukan jodoh buat diri anda. Akan tetapi, ketahuilah bahawa akan ada seseorang yang sentiasa menanti anda. Dia itu adalah jodoh sebenar anda. Dia mempunyai perasaan yang sama seperti anda. Dia akan membalas segala curahan cinta anda. Malah, dirinya juga akan sentiasa lebihkan anda berbanding yang lain.

Mungkin ketika ini, dia masih lagi sesat dalam mencari anda. Maka dengan itu, jangan pula anda mudah berputus harapan, menutup pintu hati serta menghalangi dia mendekati. Ini kerana, dia sedang berusaha tetapi anda pula menutup segala pintu dan ruang buat dirinya.



Dalam hidup ini tidak semua perkara yang kita inginkan akan menjadi milik kita. Akan tetapi, Allah telah aturakan satu perancangan yang baik buat diri kita ini. Jangan mudah mengalah apabila cinta ditolak dan dikecewakan. Jadikan ia satu permulaan baru untuk menjumpai seseorang yang lebih menghargai diri anda.

Suatu hari nanti, anda tidak lagi bertepuk tangan seorang diri. Satu hari nanti, akan ada seseorang yang sentiasa berada di sisi. Cuma masa yang menentukan segalanya. Surah al-Dhariyat ayat 49 yang bermaksud; “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati akan kebesaran Allah.”

Jangan mengalah, teruskan mencari dan teruskan perbaiki diri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen