Jangan Buat Loan Untuk Majlis, Guna Duit Sendiri Tanpa Berhutang Baru Rasa Puas Hati.

Bila calon pasangan dah ada, tentu sahaja anda dan pasangan akan mula melakukan perancangan perkahwinan pula. Bermula dengan adat merisik, bertunang, majlis nikah serta persandingan. Kalau kira-kira banyak juga modal yang perlu ada ini.

Kalau bab merisik dan bertunang itu, nak buat ala kadar pun okay je, tapi kalau ada duit lebih nak buat besar-besar itu terpulang pada diri sendiri. Apa yang lebih penting sudah tentulah majlis nikah dan juga persandingan. Masa ini tentulah semua orang nak buat majlis besar-besaran. Mana tidaknya berkahwinkan cuma sekali sahaja.


Masa inilah segala angan-angan nak dilaksanakan. Nak bersanding bak puteri dan putera raja tentulah memakan satu jumlah yang agak besar dan memakan masa yang lama juga. Tapi, kalau dipercepatkan majlis ini nanti takut pasangan kita lari dirampas orang pula.



Pinjaman loan mudah lulus

Dalam keadaan seperti ini, sudah tentu membuat loan adalah jalan yang paling mudah. Tak payah susah payah simpan duit dan tunda tarikh perkahwinan lagi, bila loan lepas je, terus majlis boleh dilaksanakan. Tetapi bagaimana pula nak bayar loan selepas kahwin nanti?

Membuat pinjaman loan sememangnya jalan pintas buat bakal pengantin yang ingin mendirikan perkahwinan dengan segera tetapi tidak mahu menabung dan juga menyimpan wang. Nak kumpul duit kahwin memang ambil masa yang agak lama. Nak-nak lagi kalau tak cukup tekad di hati, memang agak payah dan juga macam jadi tak jadi je. Kalau buat pinjaman loan ini, tentu sahaja begitu mudah. Dalam masa sebulan pun boleh lulus.

Tak mampu banyar hutang

Sebenarnya, agak rugi kalau anda melaksanakan majlis perkahwinan anda menggunakan duit pinjaman loan. Ini kerana, selepas berkahwin anda terpaksa pula menanggung hutang yang tidak tahu sampai bila pula akan habis. Takut nanti anak dah 5 tapi hutang pinjaman loan masih belum selesai lagi.



Selepas kahwin, anda perlu menjalani hidup berdua. Itu belum lagi kalau tiba-tiba ada anak yang bakal lahir. Sudah tentu isi rumah akan bertambah hingga membuatkan anda agak sukar untuk menyelesaikan hutang anda. Kehidupan selepas berkahwin lagi banyak memerlukan wang jika mahu hidup selesa.

Simpan wang memang perit tapi puas hati

Memang agak payah sedikit nak simpan wang kahwin ini. Nak-nak lagi kalau nak simpan sampai RM40k ini, memang ambil masa sedikitlah. Namun, kalau ada usaha dan tekad yang kuat tentu perkara ini akan menjadi satu semangat dan motivasi buat diri anda.

Lagipun, sudah banyak cara nak simpan wang dengan cepat. Cuma anda nak atau tidak sahaja lakukan perkara tersebut.

Jangan tunggu dah nak kahwin baru cari duit

Bila anda sudah letakkan niat nak kahwin bila, maka anda perlu mula mencari wang dan melakukan simpanan yang sepatutnya. Jangan bila sudah ikat tali pertunangan barulah sibuk nak kumpul duit. Masa itu memang terasa agak payah dan juga masa tak cukup.

Tapi kalau anda tentukan target anda bila hendak kahwin, anda boleh mengatur kewangan anda dengan lebih baik. Kalau tak kahwin mengikut target yang ditetapkan, duit yang ada boleh guna untuk perkara lain.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen