"Kita Akan Bernikah Dengan Manusia Yang Tidak Selamanya Sempurna..." Jangan Terburu-Buru Pilih Pasangan Hidup.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mereka-mereka yang masih bujang tentu hatinya berbelah bagi. Ada yang ingin berkahwin, bahkan ada yang rasa begitu selesa membujang. Tapi itulah, bila lihat rakan-rakan lain berkahwin sudah tentu akan terdetik dekat hati ingin mendirikan rumahtangga juga.

Namun perasaan takut tersalah pilih pasangan ini sering kali akan menimbulkan perasaan yang ragu-ragu. Kadang dah bercinta bertahun-tahun pun, bila nak kahwin rasa macam tak nak kahwin pula.

Perkahwinan ini bukan satu isu yang boleh dibuat main. Ia adalah masa depan anda yang perlu dilalui bersama pasangan. Maka kesediaan, rasa tanggungjawab serta pilih pasangan yang sesuai itu adalah perkara yang penting sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.


Macam perkongsian ini, perkahwinan ini bukan macam main pondok-pondok. Hari ini kahwin dengan orang lain esok lusa kahwin dengan orang lain pula.



Seputar isu JODOH dan PERNIKAHAN

Beberapa orang sahabat single minta nasihat berkenaan jodoh dan pernikahan. Sebetulnya saya bukanlah orang yang tepat untuk jadi rujukan. Ini yang saya boleh cakap.

- Nikah is a lifetime. Komitmen seumur hidup. No such thing bila suka sayang bila dah tak suka buang.

- Tanya Allah dulu. Istikharah. Tak semestinya nikah dengan orang yang kita cinta. Jika benar kita cinta namun Allah tidak izin tetap tidak bersama juga. Pergantungan kepada Allah yang beri bahagia. Bukan pasangan kita.

- Pilih orang yang benar benar mahu kahwin dengan kita. No sweet talk. Just tunjukkan effort jika benar mahu jaga kita. Tiada guna bercinta 10 tahun namun banyak alasan bila kita ajak jumpa keluarga.

- Pilihlah orang yang menjadikan kita lebih baik. Tak kira dari segi sosial atau agama. Yang akan sentiasa sokong usaha kita. Tidak semestinya lelaki berkopiah serban sahaja untuk jayakan misi 'till jannah'. Banyak lagi sudut lain yang perlu diambil kira.

- Sebelum nikah perlu bincang halatuju pernikahan. Apa yang awak expect dari pernikahan ini. Mahu bawa syurga kecil ini ke mana. Akhirat adalah destinasi terakhir kita.

- Telus dalam soal kewangan dan apa apa kekurangan yang tidak meng-aib atau memudaratkan. Selepas nikah tiada lagi 'saya' dan 'awak'. Hanya ada 'kita' dan 'kita'.

- Berlapang dada untuk memberi. Nikah is all about giving. Give, give and give. Bukan sekadar bagi hadiah sweet sweet. Beri maaf, minta maaf, mengalah, memujuk, menolong. Senang cakap belajar rendahkan ego sendiri.

- Nikah bukan dengan suami sahaja. Bahkan dengan keluarganya sekali. Pastikan dia juga sedia terima keluarga kita. Adil dan tidak berat sebelah. Ini sangat penting. Kerana kita juga punya ibu, ayah dan adik beradik.

- Sudah bersedia untuk tidur sekatil, makan sepinggan. Kongsi hidup juga bermakna kongsi cara hidup. Kongsi impian. Ustaz Ebit Lew pernah cakap, sedihnya jika suami isteri tidur sebantal namun mimpi lain lain.

- Nikahlah kerana sudah bersedia. Nikah kerana Allah. Bukan kerana kawan kawan semua sudah nikah. Atau kerana orang orang yang sibuk bertanya bila nak nikah. (suruh depa baca sini. Hehe.)

- Sabar. Sabar. Sabar.

- Sentiasa ingat. Kita akan nikah dengan manusia. Yang selamanya tidak akan sempurna.

Jika belum ada tanda tanda wujudnya calon. Teruskan usaha perbaiki diri. Jaga solat. Minta ibu ayah doakan (Doa ibu ayah mustajab). Enjoy your life. InshaAllah bila masa dah tiba, calon kacak pasti tiba dengan lafaz mulia.

Wallahu'alam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen