Setinggi Mana Keinginan Anda Untuk Memiliki Pasangan Yang Baik, Setinggi Itu Juga Perubahan Yang Perlu Anda Lakukan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Memiliki pasangan yang baik sememangnya idaman hati setiap mereka yang bujang. Orang kata kalau baik sesama manusia tentu akan baik juga dengan pasangan sendiri, malah mungkin lebih baik. Bukan itu sahaja, memiliki pasangan yang baik ini juga bagus kerana akan membawa diri kita juga ke arah yang sama. Itu belum lagi cakap pasal contoh yang baik buat anak-anak pula.

Tapi bukan mudah nak dapat pasangan yang baik, nak-nak lagi kalau diri kita ini pun bukanlah sebaik yang disangkakan. Akan tetapi, mana tahu tuah badan dapat jodoh yang baik-baik.

Nak pilih jodoh ini agak rumit, macam nak cari emas di dalam lombong yang gelap. Kalau tak berhati-hati, mungkin kita tak akan jumpa emas itu. Maka dengan itu, dalam mencari jodoh ini, jangan terlalu terburu-buru tetapi pada masa yang sama jangan juga terlalu memilih.


Namun kalau nak pilih pasangan yang baik ini selalunya ramai orang yang berpesan agar berdoa kepada Allah, minta agar dijodohkan dengan pasangan yang baik-baik dan macam-macam lagi.

Tapi, tak cukup kalau sekadar berdoa.

Berubah jadi baik.

Nak pasangan hidup yang baik, berpegang kepada agama dan macam-macam lagi, maka anda juga perlu berubah menjadi seorang yang baik. Bila anda berubah menjadi seorang yang baik maka, jodoh-jodoh yang baik juga akan mula memandang anda.



Mereka yang baik tentu sahaja inginkan pasangan yang baik juga.

Maka dengan itu, anda kenalah ubah diri anda. Kalau nak pasangan yang tahu ilmu agama dan boleh bimbing ke jalan yang baik, maka anda dekatkan diri dengan Allah. Mula belajar ilmu agama, sedikit sebanyak ia membantu anda sebenarnya.



Kalau anda sekadar berharap sahaja, tanpa ubah diri menjadi baik juga. Mungkin orang baik yang anda harapkan itu tidak akan nampak anda kerana, mereka juga ingin mencari pasangan yang baik-baik.

Masih belum terlambat lagi untuk anda ubah diri anda dan juga banyakkan berdoa kepada Allah. Mana tahu, seseorang yang baik buat diri anda akan muncul bila tiba masanya nanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen