Nak Tahu Dia Calon Suami Yang Baik Atau Tidak, Dia Akan Gelisah Tiba Waktu Maghrib.

Oleh: Zuzu Yasmine

Nak cari calon suami ini bukan satu perkara yang mudah. Tak boleh nak pandang luaran sahaja, kena juga lihat dalamannya juga. Kalau boleh dalaman dan luaran seimbang barulah tenang sikit mata memandang.

Selalu kita lihat sikap seseorang ataupun ciri-ciri yang perlu ada pada dirinya untuk menunjukkan bahawa dirinya baik atau sebaliknya. Akan tetapi ada satu perkara yang boleh anda lihat yang mana menunjukkan dia itu seorang pemimpin dan ketua keluarga yang baik untuk anda atau sebaliknya.


Berdasarkan perkongsian dari Ustaz Badli Shah, ada tips nak tengok seseorang lelaki itu calon suami yang sesuai. Walaupun diterangkan dari segi pandangan sudut seorang bapa yang mencari calon menantu tapi anda sebagai seorang yang mencari pasangan juga boleh lihat akan perkara ini.

Calon menantu lelaki yang baik

Dipendekkan cerita, ustaz kata, ajak bakal menantu lelaki itu datang waktu lewat petang. Ajak dia makan malam sekali. Beritahu mula makan jam 8 malam.

Minta datang jam 6.30 petang. Sedang-sedang, akan maksud waktu Maghrib.

Dan tengok reaksinya. Adakah dia jenis mementingkan sembahyang?



Pentingkan solat

Waktu Maghrib ialah waktu yang semua orang akan sibuk bersiap-siap ke masjid. Jika calon menantu lelaki itu seorang yang mementingkan agama, dia akan sibuk bertanya agar boleh bersedia untuk menunaikan solat Maghrib.

Dia akan gelisah. Mulalah lipat seluar untuk ambil wuduk.

Semasa berbual-bual ringkas di ruang tamu, dia juga mungkin akan bertanya dimanakah masjid yang terdekat untuk solat berjemaah.

Jika betul ingin mengujinya, hulurkan sejadah dan offer dia jadi imam.

Sebaliknya, jika sudah azan Maghrib dan bakal menantu masih buat tidak tahu, mungkin kena consider semula.
Bertanggungjawab

Kalau dia bertanggungjawab terhadap terhadap agama, rasa-rasa bolehkah dia bertanggungjawab pada anak perempuan kita?

Tentu sekali. Orang yang menjaga agama, dia akan menjaga orang-orang yang di bawah tanggungannya.



Boleh baca doa

Jika dia bersolat Maghrib bersendirian, atau pergi ke masjid, bakal mertua mungkin tidak tahu samada dia boleh memimpin jadi imam kepada anak perempuan kita suatu hari nanti.

Selepas dia solat, sebelum mula makan, apa kata cuba minta dia baca doa makan.

Walaupun nampak mudah, tengok samada dia tergagap-gagap atau tidak. Orang yang kuat pelajaran agamanya, dia akan baca dengan lancar. Kalau doa makan pun sangkut, apatah lagi doa selepas solat.

Tidak liar matanya

Bila berada di meja makan, tengok samada mata calon menantu itu liar atau tidak. Adakah dia sibuk tengok anak kita semasa makan? Tersenyum-senyum.

Atau tengok adik beradik perempuan yang lain?

Pandai berbual dengan orang tua

Tak ramai anak muda yang boleh ngam dengan orang tua. Lihat sahaja bagaimana calon menantu lelaki ini cuba blend-in dengan ahli keluarga yang lain.

Tengok macam mana dia layan bakal bapa mertua. Lihat juga bagaimana dia melayan adik beradik lelaki anak perempuan itu.

Jarang bakal menantu lelaki boleh berbaik-baik dengan adik beradik lelaki. Kalau ada chemistry di situ, itu satu petanda yang baik.



Baik akhlaknya

Cuba tengok baik-baik, jika dia melintas depan orang tua, adakah hormat dengan menundukkan badan dan kepala?

Jarang kita lihat zaman sekarang, orang yang masih lagi bersopan santun.

Jika benar dia berkelakuan baik sebegitu, tentu sekali diajar dan dididik dengan baik oleh ibu-bapanya. Untung bakal anaknya nanti, akan dididik sebegitu juga.

Tidak menyentuh

Perasan tak, zaman sekarang, bertunang pun sudah ambil gambar bersama-sama. Tidak salah bergambar. Ada yang siap bertepuk tampar, berpegangan tangan dengan mak ayah masing-masing. Rasa macam hilang rasa malu.

Bukankah masih belum halal lagi hubungan itu? Lihat calon menantu lelaki ini, samada dia mudah menyentuh atau tidak.

Jika ada lagi halal gap, maka dia mungkin lepas peringkat saringan. Pastinya, lelaki yang baik tidak akan menyentuh perempuan yang bukan isterinya.

Walaupun ini sudut pandang dari seorang bapa, tapi anda sebagai mencari pasangan hidup juga tidak salah memandang calon pilihan anda dalam sudut ini. Akan tetapi, tiada manusia yang sempurna. Walaupun dia bukan seperti yang anda harapkan, jangan takut untuk memberi dia peluang dan memperbaiki apa yang perlu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen