Hati-Hati Dengan Lelaki Bermulut Manis Ini, Kadang Dia Baik Hanya Ingin Menutupi Kebohongan Dirinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap wanita sudah tentu mengimpikan seorang pasangan yang pandai memujuk, pandai ambil hati serta memahami dirinya. Mana tidaknya, lelaki seperti ini begitu menyenangkan hati malah membuat hati sentiasa berbunga setiap hari. Siapa yang tidak mahu bahagia sentiasa.

Tapi perlu hati-hati, ini kerana tidak semua lelaki yang seperti itu mempunyai niat yang baik. Adakala sikap mereka yang begitu memahami anda, bermulut manis serta pandai memujuk ini kerana mereka sudah pakar dan biasa akan semua perkara ini.


Bila dengan anda, tentu ada udang disebelik batu. Maka dengan itu perlu berhati-hati dengan lelaki seperti ini kerana...

“Memang pakar merebut hati para gadis, bukan anda sahaja.”

Tidak dapat dinafikan bahawa, lelaki yang bermulut manis ini memang pakar merebut hati ramai paras gadis. Anda juga tidak terkecuali. Kepakarannya ini terjadi apabila dia sentiasa dikeliling oleh wanita-wanita menyebabkan mereka ini tidak kekok untuk pikat dan ambil hati wanita. Lelaki seperti ini perlu jaga-jaga, takut jenis suka main kayu tiga.



“Kata-kata manis mereka biasa guna untuk memujuk ramai wanita.”

Bukan anda sahaja wanita yang bertuah, tetapi ramai lagi wanita bertuah lain yang menerima kata-kata manis seperti itu. Itu bermakna bukan dengan anda seorang sahaja dia mengungkapkan kata seperti itu, boleh jadi dia simpan yang lain di belakang anda. Kalau tidak, tentu dia tidak pandai bermain dengan kata-kata manis yang menarik hati wanita.



“Kata-kata manis menutup segala niatnya.”

Sebagai wanita, kita sememangnya begitu mudah termakan dengan pujuk rayu seorang lelaki. Bila dia kata perkara yang manis, pandai memujuk tentu sahaja kita akan hanyut kepadanya. Akan tetapi tanpa sedar, segala kata-katanya itu hanya menutupi segala niatnya yang tersembunyi. Sebab itulah, jangan mudah terpedaya dengan kata manis lelaki walaupun semanis ladang tebu yang dia berikan.

“Lelaki yang baik lelaki yang kekok pada wanita.”

Memang kadang kala lelaki itu akan menyakitkan hati, tidak pandai memujuk malah dirinya juga mempunyai ego yang dijaga. Ini kerana, mereka ini hanya mengendalikan satu wanita sahaja dalam hidupnya, sebab itu dia tidak pandai untuk beri kata-kata manis, ayat berbunga atau memujuk diri anda. Lelaki seperti inilah yang sebenarnya menjaga hatinya hanya untuk seorang wanita sahaja.

Sebagai wanita yang mahukan seorang lelaki yang baik, jauh dari sikap curang atau bermain kayu tiga di belakang, maka carilah lelaki yang tidak pandai memujuk anda, berkata manis-manis tetapi dia tahu menyenangkan hati anda walaupun sedikit. Ini kerana, kesetiaan itu mahal dan lebih manis dari kata-kata manis dan pujukkan rayunya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen