Doakan Sahaja Kebahagiaan Dirinya, Jangan Simpan Dendam Di Dalam Hati. Nanti Merosak Diri Sendiri.

Oleh: Zuzu Yasmine

Memaafkan seseorang yang pernah melukakan hati kita bukanlah satu perkara yang mudah. Nak-nak lagi selepas anda memberikan seluruh kepercayaan dan juga kesetiaan kepadanya. Dengan rasa tidak bersalah, dia mengkhianati semua itu hanya kepuasan dan kepentingan dirinya sahaja.

Tidak memikirkan sakitnya hati dan terlukanya diri anda. Dia melepaskan tangan dari segala perkara dan membina sebuah kebahagiaan yang baru. Anda pula di sini, masih meratapi pemergian dirinya dan menyimpan dendam yang mendalam padanya.


Memang bukan mudah nak melupakan segala perkara yang pernah dia lakukan ke atas diri anda. Walaupun, beribu kali maaf yang dikatakan belum tentu mampu pulihkan hati yang terluka kembali kesedia kala. Itu belum lagi kalau dirinya dengan bangga tanpa rasa bersalah, tentu lebih melukakan hati anda lagi.

Dalam hidup ini, kita semua tidak lepas dari berdepan dengan ujian dan dugaan. Semua yang berlaku tentu ada sebab dan hikmah yang anda tidak tahu dan tidak sedari. Segala yang berlaku ini sudah tentu akan mematangkan dan mendewasakn diri anda sendiri.



Jangan takut nak memaafkan si dia, walaupun hati anda begitu terluka. Ini kerana, kemaafan yang anda berikan itu akan memberi hidup anda lebih tenang dan mampu untuk bangkit dari kelukaan ini. Walaupun payah dan sakit pada awalnya, tetapi akhirnya tentu sahaja anda akan menjumpai satu kebahagiaan yang baru.

Jangan simpan dendam di dalam hati, ia hanya merosakkan hati anda dan membuatkan anda semakin sakit hati. Dendam ini mampu menjejaskan kesihatan anda malah ia juga mampu membuatkan anda sukar untuk bangkit dari kelukaan ini. Mana tidaknya, siang malam anda akan memikir cara untuk belas semua perbuatan si dia.



Mungkin amat sukar nak melupakan segala perbuatannya, akan tetapi cuba mula atur langkah anda tentu sahaja ia akan hilang sikit demi sedikit. Jika anda masih duduk di tempat yang sama dan berharap segalanya akan pulih, ia hanya membuatkan anda semakin sukar nak melupakan segala kesakitan itu.

Kelukaan, kekecewaan dan sakit hati itu sebenarnya ujian buat diri anda, malah ia juga adalah satu pengajaran yang berharga dalam hidup anda. Selepas perkara ini, tentu anda akan lebih berhati-hati dalam memberi harapan bukan? Anda juga pastinya akan lebih menjaga diri kerana tidak mahu dikecewakan lagi. Bahkan, selepas ini juga anda akan menjumpai satu kebahagiaan baru yang anda tidak jangkakan.

Jangan pernah simpan dendam pada si dia, tetapi ucaplah terima kasih kerana dirinya memberi satu pengajaran dalam hidup anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen