Kerana Sayang, Seorang Wanita Sanggup Berkorban Apa Sahaja. Jadi Suami Hargailah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila telah bergelar seorang isteri, biasanya wanita ini akan menyerahkan segala-galanya kepada suaminya. Walaupun terpaksa berhujan panas, tetapi dinamakan seorang isteri itu dia akan tetap setia dibelakang suaminya. Itu tidak lagi dengan ujian-ujian rumahtangga yang berada di luar kawalan.

Tidak ada wanita yang mengidamkan rumahtangga yang penuh dengan ujian. Tak ada wanita yang mahukan suaminya berada dalam masalah. Tiada wanita yang akan melepaskan segala masalah kepada bahu suaminya sendiri. Kalau ada sekali pun, mungkin teramat jarang sekali.


Ujian terberat bagi seorang wanita yang bergelar isteri ini adalah ujian yang datang dari suaminya sendiri. Boleh jadi suaminya itu adalah seorang penagih dadah, malas berkerja, panas baran dan macam-macam lagi. Akan tetapi, apabila dia kata dia seorang isteri maka dia akan terus di sisi suaminya.

Walaupun, sebelum tidur dia akan menangis bersendirian mengenangkan rumahtangganya yang tak tahu bila akan bahagia. Memikirkan setiap masalah yang melanda hubungan dirinya dan bagaimana perlu diselesaikan.



Akan tetapi, tidak pernah pun dia cuba untuk mengalah dan lari dari segala masalah tersebut. Apa yang mereka lakukan, mereka akan tetap setia di sisi suaminya selagi mana dia tahu suaminya memerlukan dirinya. Dia akan tetap cuba pertahankan keluarganya, selagi dia masih mempunyai kudrat untuk menyelamatkan segalanya.

Namun pada masa yang sama, dia mahu difahami dan hatinya begitu rapuh. Dia mahu sokongan walaupun dari suaminya sendiri.



Suami-suami kena tahu hargai setiap pengorbanan isteri. Nak-nak lagi apabila dia ini yang setia bersama anda disaat susah dan senang. Mungkin bagi anda nak cari isteri itu mudah sahaja tetapi ketahuilah bahawa isteri yang anda miliki sekarang ini lebih berharga berbanding yang lain.

Apa kurangnya anda dengan hati terbuka isteri dapat terima anda, belum tentu wanita lain dapat terimanya. Maka dengan itu, cuba untuk harga setiap pengorbanan yang telah isteri lakukan. Mungkin anda rasa ia kecil sahaja tetapi bila dia tiada akan beri kesan yang besar buat diri anda dan keluarga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen