Bukan Jual Mahal, Tapi Ini Sebab Kenapa Wanita Reject Lamaran Lelaki.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang lelaki ini dia punya ego tinggi sikit, jadi apabila dia kena reject untuk seseorang perempuan, mulahlah dia rasa tak puas hati dan kata perempuan itu macam-macam. Malah wanita yang menolak lelaki ini akan terus dicop sebagai mata duitan, jual mahal dan juga sombong.

Sedangkan, mereka ini bukannya sombong atau jual mahal tetapi tentu ada sebab yang tersendiri yang membuat mereka ini menolak anda. Jangan sebab tidak boleh terima kenyataan anda menyebarkan kata-kata yang tidak sepatutnya mengenai dirinya.


Kalau tersebarnya kata-kata yang tidak elok, bukan wanita tersebut sahaja yang akan malu tetapi keluarga mereka juga akan mendapat tempias yang sama. Maka untuk itu, cuba untuk berfikir lebih positif akan mengapa anda ditolak oleh si dia.

Si dia belum bersedia lagi

Boleh jadi, si dia yang anda pilih itu masih belum bersedia untuk berkahwin. Mungkin dia rasa bahawa dia belum mampu nak pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Malah ada banyak perkara lain yang ingin dikerjarnya. Dia bukan tidak mahu berkahwin tetapi ingin menikmati zaman bujangnya dulu.



Tak nak jadi orang ketiga

Kalau anda sudah memiliki isteri, tunang mahupun kekasih, sudah tentu dia akan menolak diri anda dari menjadi pasangan hidupnya. Ini kerana, dia tidak mahu menjadi orang ketiga dan tidak rela untuk berpoligami. Maka untuk itu, anda kenalah hormat pendiriannya bukannya memaksa dirinya untuk terima anda.

Tak nak dipermainkan

Rasa takut dipermainkan ini boleh membuatkan seseorang itu menolak anda tanpa sebab. Ini kerana, dia lebih bimbang akan hati dan dirinya berbanding melihat apa yang anda miliki. Dia tidak mahu menjalinkan hubungan yang sia-sia malah tidak memberi faedah buat dirinya. Baik dia terus menjaga hatinya agar tidak terluka.



Tak ada rasa cinta

Rasa cinta ini tidak boleh dipaksa mengikut sesiapa pun. Tidak boleh diarah-arah mahupun dicuba-cuba. Bila dia menyatakan bahawa dia tidak mempunyai perasaan terhadap diri anda, maka kenalah terima untuk hati yang terbuka. Barulah anda boleh dapatkan hubungan yang bahagia.

Rasa tidak sejiwa

Orang sekarang ini akan mencari seseorang yang sama level pendidikan, pemikiran serta minatnya. Jika anda tidak mempunyai salah satu daripada itu, anda mungkin akan ditolak olehnya. Sebab itu, sebelum nak melamar seseorang anda kenalah selidik dahulu adakah anda itu ciri-ciri yang disukai atau sebaliknya.

Terima untuk hati yang terbuka kalau anda direject oleh seseorang. Jangan simpan dendam dan sakit hati. Mungkin jodoh anda adalah untuk mereka yang lebih baik dari yang anda mahukan ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen