Dari Hubungan Yang Childish Ke Arah Matang, Ini Yang Anda Lakukan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bercinta ini sememangnya membutakan mata anda. Lagi lama anda bercinta dengan seseorang makin berubah sikap anda kerana kasih sayang yang anda rasakan. Akan tetapi bercinta ini bukan satu perkara yang mudah. Dimana setiap halangan itu akan membuatkan anda semakin matang dan bijak untuk tangani setiap halangan yang mendatang.

Itu yang bila bercinta terlalu lama, kalian akan mula menjadi seorang yang matang dalam hubungan. Selalu lihat bukan orang yang bercinta dari zaman sekolah lagi mampu menghalalkan hubungan mereka setelah mereka ini mempunyai perkerjaan dan juga matang.

Ini yang terjadi apabila hubungan anda semakin mematangkan diri anda.

Lihat dari sudut pandangnya.

Setiap orang yang menjalin hubungan cinta harus mampu berfikir secara fleksibel dan terbuka, apalagi menempatkan diri dalam posisi dan sudut pandang pasangannya. Anda tak selalu benar, begitu pula dengan dia, dan melihat situasi dari berbagai sisi adalah cara terbaik mengatasi berbagai hal.

Memahami dirinya itu bermakan menghormati dan mempercayai dirinya.

Memahami pasangan ini adalah satu perkara yang sangat penting. Bila mana anda tidak mampu lakukan perkara ini, maka hubungan yang terbina itu akan mula goyang dan menunggu masa untuk runtuh. Sebab itulah semakin lama bercinta, anda semakin memahami dirinya.

Menyedari bahawa tiada yang sempurna dalam dunia ini.

Belajarlah menerima dan menyadari bahwa tak ada yang sempurna di dunia ini, termasuk pasangan anda saat ini. Ia mungkin punya kekurangan yang membuat anda tak senang atau sebaliknya, berhentilah berharap terlalu tinggi. Sebaliknya, anda berfikir secara terbuka.

Belajar memaafkan

Setiap orang melakukan kesalahan, termasuk dia sebagai pasangan. Perlu banyak keberanian untuk buang ego dan memaafkan. Belajarlah juga meminta maaf dan tidak menjadi orang yang sentiasa ingin menang sendiri. Jadilah orang yang mampu menyesuaikan diri dengan baik terhadap banyak perubahan. Inilah membuatkan hubungan anda terus bertahan.

Membuat keputusan bersama

Inilah yang membezakan hidup anda sebelum dan selepasnya. Semuanya seolah-olah terikat, walaupun anda mahu membuat keputusan atau pilihan, selalu melibatkannya dalam perbincangan. Rujuk dia tentang apa yang baik, kerana hidup anda sekarang bukan tentang diri anda sendiri.

Jadi hubungan anda sudah berada dalam tahap yang matang atau belum? Kalau sudah bila pula nak ke peringkat yang serius?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen