Menjaga Hati Isteri Itu Juga Sunnah, Ramai Yang Sibuk Kejar Sunnah Lain Tapi Bab Ini Abaikan Pula.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sunnah yang selalu menjadi ikutan dan juga sering kali diperkatakan adalah berpoligami. Sedangkan banyak lagi sunnah lain yang ditinggalkan Nabi Muhammad saw untuk kita contohi.

Seperti yang kita tahu, seorang isteri perlu mentaati suaminya malah menjaga hati suaminya dengan baik. Bahkan, setiap perkara perlu dahulukan suami barulah perkara yang lain-lainnya. Seorang isteri boleh dikatakan tidak taat apabila dirinya meninggi suara ataupun mengabaikan suaminya.

Namun begaimana pula dengan suami?


Seorang suami juga turut perlu menjaga hati isterinya dengan baik. Jangan membelakangkan isterinya dalam apa jua keadaan. Ini kerana, isteri adalah tulang belakang seorang suami. Malah berbuat baik kepada isteri juga merupakan salah satu sunnah yang ditinggalkan Nabi buat umatNya. Terlalu banyak hadis yang menceritakan tentang Nabi Muhammad SAW sebagai seorang suami.

Baginda berlumba lari dgn Aisyah. Adakalanya Baginda menang dan ada masanya Aisyah menang (H.R Ahmad, Abu Dawud & al-Nasaiiy).

Membuat kerja-kerja rumah (sudah tentu seperti membasuh baju, jemur, sapu sampah, basuh pinggan dan lain-lain) ketika Baginda berada di rumah (H.R Bukhari).

Menzahirkan kecintaan kepada isteri. Apabila ditanya siapakah wanita paling disayangi, Baginda menjawab “Aisyah”. Kalau lelaki? Jawab Baginda, “Bapanya” (H.R Bukhari).

Tidak pernah memukul wanita (isteri) dan khadamnya (H.R Muslim).

Melayani isteri ketika sakit malah Baginda mengelap air mata Safiyyah ketika dia menangis (H.R Nasaa’iyy). Adakalanya Baginda meniup isteri-isterinya yang sakit dengan bacaan surah 3 qul -al-mu’awwizat (H.R Muslim).

Tetap mengingati kebaikan isteri telah meninggal dan amat menghargai kebaikan, kecantikan dan sumbangan mereka. Nabi tidak pernah melupakan Khadijah malah sering menyebut namanya sehingga Aisyah rasa cemburu (H.R Bukhari).

Amat romantik sehingga berkongsi gelas dengan isteri. Malah, Baginda minum ikut tempat yang ada kesan mulut isterinya tanpa rasa jijik (H.R Muslim).

Suami-suami, jangan terlalu sibuk mengejar sunnah berpoligami yang mana ia mungkin menyakiti hati isteri. Banyak lagi sunnah lain yang boleh anda kejar dan ikuti. Malah membahagiakan isteri juga adalah perkara yang mendatangkan banyak pahala dan rezeki kepada diri anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen