Tegur Pasangan Dengan Cara Yang Baik, Bukan Berkasar. Barulah Terbuka Sedikit Hati Pasangan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sedar atau tidak sedar sebenarnya kalau kita menegur seseorang dengan cara yang kasar dan menyakitkan hati, lagi susah sebenarnya dia nak berubah menjadi lebih baik seperti yang kita mahukan. Cuba kalau beri teguran yang lemah lembut dan juga menggunakan kata-kata yang baik, tentu dengan mudah dia terbuka hati sedikit demi sedikit nak berubah.

Begitu juga dengan alam rumahtangga, semakin lembut anda menegur pasangan makin cepat lah dirinya ingin berubah dengan baik. Cuba kalau menggunakan kata-kata yang kasar dan juga sakitkan hatinya, tentu sahaja dia pun makin kasar dengan kita bukan. Tak cukup dengan itu, apa yang keluar dari mulut kita sebagai pasangan itu kan satu doa. Jadi kalau nak pasangan berubah kenalah cakap baik-baik.


Siapa sahaja yang suka dengan orang yang bercakap kasar. Lagi-lagi kalau teguran sentap. Ramai berpendapat bahawa teguran sentap ini lebih efektif kerana teguran tersebut akan membuat seseorang itu berubah sikapnya. Tetapi realiti sebenarnya tidak seperti itu. Teguran sentap ini akan membuat seseorang itu lebih membenci teguran dan tidak boleh menerima teguran daripada sesipa pun. Jadi kita haruslah kembali semula kepada ajaran Rasulullah SAW iaitu dengan sikap lemah lembut.



Ibnu Abbas meriwayatkan, Rasulullah SAW pernah berkata kepada al-Asyjij: “Kamu mempunyai dua sifat yang membuat Allah SWT dan rasul-Nya suka: Lemah-lembut dan murah hati.” (Riwayat Muslim)

Cuba kita lihat orang yang sedang marah, bagaimana wajah dan suaranya ketika bercakap? Mukanya, suaranya tersangkut-sangkut sehingga menyebabkan tingkah lakunya menjadi semakin tidak terkawal.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, orang yang menahan kemarahannya dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (Surah Ali Imran, ayat 133-134)



Tiada masalah jika ingin memberi teguran, malah ia merupakan amalan yang baik. Tetapi setiap amalan mesti ada caranya, jadi jika ingin memberi teguran haruslah dengan cara yang lembut supaya orang boleh terima teguran tersebut.

Seperti yang kita tahu, Nabi Muhammad SAW sentiasa mempamerkan sikap lemah lembut walaupun kepada orang yang ingin menganayainya. Jadi apa salahnya kalau kita mengikut sikap baginda yang mulia.

Tegur pasangan dengan baik, walaupun pada awalnya dia agak liat tapi lama ke lamaan tentu hatinya akan lembut. Jadi selalu katakan yang baik-baik dan tegur yang baik-baik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen