10 Tanda-Tanda Anda Seorang Sapioseksual, Salah Satunya Berminat Dengan Orang Yang Bijak.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tentu ramai yang jarang atau pun kurang mendengar akan perkataan sapioseksual bukan? Sapioseksual ini adalah dimana seseorang tertarik dengan orang yang bijak atau pintar lebih daripada apa yang dijangkanya.

Dalam mencari jodoh ini kan ada macam-macam ciri pasangan yang seseorang inginkan. Ada yang suka kewangan yang kukuh, pangkat, ataupun rupa paras. Akan tetapi sapiosekual ini lebih memandang kepada kebijaksanaan seseorang.


Sesetengah dari mereka yang ke arah ini biasanya suka seseorang yang lebih berpendidikan tinggi dari mereka. Maksudnya kalau dia bijak dan pintar barulah ‘turn on’ kalau sebaliknya terus ‘turn off’.



Ini tanda anda seorang sapioseksual...

1. Jika orang lain pergi ke pusat membeli belah atau menikamati makanan yang baru, tetapi anda lebih suka pergi ke kedai buku atau cafe bersamanya. Tiada yang lebih romantik apa bila melakukan perkara ini bersamanya, malah si dia selalu berjaya menarik perhatian anda dengan gaya pemikiran yang cukup bijak.

2. Anda faham bahawa menjadi bijak bukan hanya melalui buku sahaja tetapi bijak dalam emosi juga.

3. Anda kagum dengannya bukan kerana dia tahu segala benda akan tetapi dia berjaya membuat anda berubah pendapat akan sesuatu. Kiranya kalau bertukar pandangan atau pendapat, si dia ini lebih tahu banyak perkara berbanding diri anda. Maka dengan itu kalian akan saling bertukar pandangan untuk tahu sejauh mana tahap intelektual antara satu sama lain.

4. Anda sentiasa yakin bercakap dengan orang yang lebih tua, walaupun orang tersebut sebaya dengan ayah anda. Akan tetapi anda juga boleh bercakap seperti orang muda yang mana anda ini sebenarnya tahu banyak perkara. Tidak kiralah rancangan kartun di tv sehingga apa yang membuat orang lain tidak tahu. Anda sentiasa mempunyai rasa ingin tahu.

5. Anda sentiasa berminat dengan orang yang menguasai bahasa asing. Apa lagi jika dia sangat fasih!

6. Apabila anda bercinta dengannya, anda tidak pernah pergi menonton wayang bersama. Bukan kerana tidak suka akan aktiviti itu tetapi anda terlalu sibuk saling tukar buah fikiran.



7. Kadang kala anda boleh terlupa makan kerana terlalu sibuk bertukar pendapat dan pandangan. Kemudian anda akan merindui saat-saat berbual dengannya.

8. Secara diam-diam anda akan membaca buku atau menonton filem yang dia suka. Bahkan anda juga berusaha untuk mengingati segala apa yang dia katakan kepada anda.

9. Anda tidak mahu bercinta dengan orang biasa yang kerap kali bertanya “dah makan?” atau “tengah buat apa?”. Anda sukakan seseorang yang boleh memberi atau meminjam buku yang berguna kepada anda.

10. Anda tidak akan menjalinkan hubungan dengan orang yang tidak boleh membuatkan anda berfikir tentang apa yang dia sedang bicarakan kepada anda. Maksudnya anda mencari seseorang yang boleh memenuhi keinginan anda akan pengetahuan yang lain dari biasa.


Jika anda mempunyai ciri-ciri seperti ini, boleh jadi anda seorang yang sapioseksual. Dimana anda lebih memintingkan kebijaksanaan, kepintaraan serta ilmu pengetahuan berbading dengan rupa paras dan juga kekayaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen