Jangan Abaikan! Ini 8 Pesanan Buat Kaum Hawa Perlu Diperhatikan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Islam memandang wanita itu adalah kaum yang sangat istimewa dan juga begitu tinggi darjatnya. Jika dilihat di dalam al-Quran pun banyak menceritakan tentang kedudukan wanita. Begitu istimewanya wanita ini sehingga ada surah yang khas buat mereka iaitu Surah An-Nisa.

Sedangkan Rasulullah saw sendiri pun ketika ditanyakan siapa orang yang paling berhak untuk dihormati dan didahulukan, baginda menjawab “ibumu! Ibumu! Ibumu! Kemduian ayahmu”. Sehingga begitu sekali mulianya seorang wanita di dalam pandangan Islam.


Seperti yang kita tahu, wanita ini begitu mudah untuk ke syurga bahkan begitu juga mudah untuk ke neraka. Maka dengan itu, segala perbuatan, percakapan dan pergaulan adalah perlu begitu dijaga dan jangan mudah dipandang remeh.



Sedikit catatan dari Firdaus Mokhtar buat para wanita semoga kalian tidak terlepas pandang.

Pagi ini ada pesan untuk kaum Hawa. Iya, buat semua yang bergelar perempuan.

1. Perempuan yang tidak bertudung bukanlah jahat. Ada juga yang bertudung tapi perangai ya ampun ngeri. Namun begitu Rasulullah dah pesan kalau tak bertudung akan di seksa di akhirat nanti.

2. Perempuan jika ada simpan perasaan ke lelaki tak solat, elok nasihatkan dia utamakan solat dulu. Kalau tidak mahu juga, kau carilah lain. Kahwinlah dengan lelaki soleh yang bimbing ke syurga. Kalau diri sendiri pun tak mampu nak bawa, apatah lagi diri orang lain ye dak?

3. Isteri yang terbaik adalah isteri yang meminta maaf segala dosa dari suaminya setiap hari sebelum tidur.



4. Seorang yang solehah itu punya sifat malu yang sangat tinggi. Maka dia tidak akan memalukan diri sendiri. Tik tok untuk challenge itu ini tanda sifat malu telah lebur.

5. Perempuan yang menutup aurat itu memang belum tentu dijamin syurga tapi sekurang-kurangnya dia berusaha untuk menjadi ahli syurga. Maka usaha itu kita hargailah.

6. Isteri yang solehah sentiasa berhias cantik untuk suaminya. Di rumah terutamanya dia sangat berhias. Dialah bidadari suaminya di dunia dan permaisuri di syurga nanti.



7. Isteri yang bersalaman dengan suaminya akan berguguranlah dosanya. Maka selalulah bersalaman dengan suami ya. Santunilah suami elok-elok.

8. Yang ini kena selalu hati-hati. Isteri yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga. Allahu. Maka usah minta yang bukan-bukan.

Begitulah.

Firdaus Mokhtar,
Moga baik-baik aja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen