Ini Rupanya Punca Selepas Kahwin Berat Badan Bertambah, Pasangan Jadi Punca Utama.

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjadi satu perkara biasa bila lepas kahwin berat badan akan bertambah dengan mendadak. Baru berapa bulan kahwin dah mula nampak perubahan baik anda mahupun pasangan anda. Masa inilah orang akan gunakan alasan yang mereka bahagia sebagai cara untuk lindungkan berat badan mereka ini.

Ramai yang berpendapat naik berat selepas berkahwin adalah perkara normal dan tanda pasangan yang bahagia. Namun begitu, adakah normal sekiranya pasangan mengalami obesiti yang terlampau malah penyakit yang berpunca daripada masalah berat badan, tentu sahaja bukan satu perkara yang bahagia bukan.


Jadinya, apa punca berat badan boleh naik dengan mendadak selepas kahwin? Adakah kerana pemakanan yang tidak dijaga ataupun tidak lagi ikat perut ataupun kerana merasakan terlalu bahagia?

Pernah diet sebelum majlis kahwin

Bila nak kahwin, semua orang akan sibuk nak kurus dan berdiet. Nak nampak cantik masa hari bahagia malah nak jadi tumpuan orang ramai. Akan tetapi selepas majlis segala makanan akan masuk dalam mulut tanpa ada tapisan. Itu yang membuatkan berat badan bertambah.



Terpengaruh dengan pasangan

Bila dapat pasangan yang suka makan tentu sahaja akan membuatkan anda pergi bersama pasangan dan menikmati hidangan tersebut. Bukan itu sahaja, kalau dapat pasangan yang pandai memasak, tentu ada sahaja lauk yang ingin dicuba dan dimasaknya. Mana tidaknya berat badan naik kalau hari-hari makan sedap walaupun masak di rumah.

Hilang rasa insecure

Masa bercinta dulu jaga badan dan penampilan sebab takut pasangan lari dekat mereka yang lebih lawa dan cantik. Kini, bila dah jadi suami isteri terus hilang rasa itu hingga membuatkan anda terus tidak mempedulikannya. Itu yang membuatkan makin hari badan makin tak terjaga.



Jadi boleh makan sesuka hati tanpa mempedulikan kesihatan.

Sepatutnya anda dan pasangan mengalakkan untuk bersenam dan menjaga kesihatan bersama bukannya sama-sama cari penyakit. Jadi boleh stop rasanya cakap berat naik kerana bahagia sebab ia hanya imaginasi semata-mata.

Bila dah kahwin ini, anda dan pasangan perlu saling mengingati akan penjagaan makan dengan betul dan jangan lupa untuk bersenam bersama-sama. Bukan ke lebih bahagia jika anda dan pasangan hidup dalam keadaan yang sihat dan gembira.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen