Lelaki Rajin Lakukan Kerja Rumah, Jadi Dambaan Para Gadis.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila cakap mengenai kerja rumah sahaja tentu akan menyatakan bahawa ia adalah kerja orang perempuan, orang lelaki tak boleh buat semua perkara itu. Bila orang lelaki buat, maka adalah bunyi-bunyi yang tidak sedap akan didengari.

Sedangkan lelaki yang melakukan kerja rumah serta ringan tulang membuat kerja-kerja ini adalah lelaki yang menjadi dambaan para gadis. Mana tidaknya, susah nak jumpa lelaki seperti ini, kalau jumpa seorang tentu tersangat bersyukur.


Seperti yang kita tahu, jarang sekali nak lihat orang lelaki kemas rumah, basuh baju, masak sendiri ataupun lipat baju. Kalau orang bujang itu mungkin mereka akan buat bila dah terlalu bersepah sangat, tapi jenis yang tak boleh tengok baju kotor dan rumah bersepah tapi terus bantu buat ini jarang sekali.

Ramai lelaki yang mengharapkan isteri untuk lakukan buat mereka. Sebagai contoh, jika suami buat kerja rumah maka akan dicop sebagai takut bini. Itu yang orang lelaki malas nak tolong. Tapi bila jumpa yang ringan tulang dan rajin buat kerja rumah memang tak cari lain punya.

Kenapa wanita suka lelaki seperti ini?



Mudah bertolak ansur

Lelaki seperti ini dikatakan sangat mudah untuk bertolak ansur. Di mana, dia tahu akan keadaan isteri yang penat maka dia akan hulurkan bantuan untuk meringankan beban isterinya. Bukan itu sahaja, dia juga tidak sentiasa mengharapkan bahawa isteri perlu lakukan perkara itu kerana ia adalah tugas bersama.

Tidak berkira

Ada orang anggap bahawa lelaki ini ketua keluarga dan juga pencari nafkah, maka dengan itu tugas-tugas seperti ini tidak sesuai dengan dirinya kerana dia telah pikul tanggungjawab yang besar. Akan tetapi jika lelaki yang ringan tulang serta mudah membantu isteri ini adalah seorang suami yang tidak berkira. Kalau bab tugas ini pun tak berkira, inikan pula perkara lain.



Sayang akan isterinya

Jangan tak tahu, seorang suami yang bantu isterinya melakukan tugas-tugas rumah ini adalah seorang yang sayang akan isterinya. Dimana, dia tak mahu kalau isterinya berasa penat, stress dan juga tidak mempunyai masa untuk dirinya sendiri. Jadi, kalau tugas ini dilakujan sama-sama maka segera habis dan cepatlah masing-masing rehat. Bukan ke itu salah satu tanda kasih sayang suami kepada isterinya.

Sama susah dan senang

Apa yang lebih menarik mengenai lelaki seperti ini adalah, mereka ini adalah orang yang akan susah senang bersama. Ini kerana, rasa penat dan juga rasa senang juga akan dirasai bersama-sama. Dia tidak akan membiarkan isterinya merasai semua perkara itu seorang diri. Sebab itulah lelaki seperti ini lebih mendapat tumpuan.

Walaupun kadang rupa tak berapa nak ada tapi jika anda miliki sikap seperti ini, ia akan menarik perhatian si gadis. Nak-nak lagi kalau dia lihat rumah anda begitu bersih dan selesa, tentu sahaja dia tahu sikap sebenar anda. Lepas ini, rajin-rajinkan diri untuk kemas rumah dan ringan tulang bantu orang lain.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen