Bila Dah Kahwin Orang Lelaki Selalu Silap Fikir Perkara Ini, Kena Ubah Cara Anda Berfikir. Bakal Pengantin Kena Hadam Ini Elok-Elok.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bergelar seorang suami, ayah, ketua keluarga dan juga anak lelaki ini bukan satu perkara yang mudah. Tanggungjawab yang dipikul itu perlulah dilaksanakan sebaik mungkin. Ini kerana, semua perkara itu adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan baik dan juga perlu dijaga dengan baik.

Apabila seseoang lelaki membuat keputusan untuk berkahwin, maka dengan itu perlulah tahu bahawa perkahwinan ini bukan sekadar untu suka-suka sahaja. Tidak hanya itu sahaja, perkahwinan yang terbina ini bukan sekadar nak halalkan hubungan yang terbina bertahun-tahun itu.



Akan tetapi, perlulah difikirkan akan tanggungjawab, serta amanah yang perlu dijaga dan dilaksanakan sepanjang perkahwinan ini. Menurut Najmi Nawawi, sesetengah lelaki yang telah berkahwin ini melakukan kesilapan dalam berfikir selepas dirinya bergelar suami orang. Itu salah satu punca terjejasnya ikatan perkahwinan yang terbina.



Ini antara 5 Kesilapan cara fikir lelaki bergelar suami orang menurut beliau.

1. Isteri aku, milik aku.

Ramai orang lelaki, bila sudah berkahwin dia akan anggap isteri itu miliknya. Sebenarnya ini tidak tepat, kerana isteri itu memang bukan milik kita. Ianya hanya pinjaman dan amanah dari Allah untuk kita jaga dan hormati. Tugas kita, ialah untuk jaga amanah dan pinjaman ini.

2. Nanti senang, makan minum isteri jaga.

Bila dah kahwin, tidak perlu risau lagi pasal nak masak apa, nak minum apa. Kerana semuanya isteri akan jaga. Suami hanya sedia untuk makan sahaja. Cara fikir seperti ini pun tidak tepat. Kerana tanggungjawab memberi makan dan minum pada isteri itu sebenarnya terletak pada suami.

Maka suami yang sepatutnya memasak dan menyediakan makan minum. Adapun isteri yang menyediakan, itu hanya ihsan dan kasih isteri. Bukan tanggungjawab mereka.



3. Bestnya, boleh bersanggama bila-bila

Isteri bukan hamba untuk layan kehendak kita sesuka hati kita. Bukannya, kalau nak mesti dapat. Dalam Islam, kita diajar untuk jadi individu yang adil. Jadi, dalam konteks ini ialah untuk jadi seorang suami yang adil. Seorang pemimpin dalam institusi rumahtangga yang adil, tahu meletakkan sesuatu sesuai dengan tempatnya.
Ada banyak benda yang perlu ditimbang tara, difikirkan dan diusahakan agar mendapat persetujuan bersama. Bukan terus main terjah.

4. Jaga anak-anak kan kerja perempuan

Maka dibiarkan segala urusan dan perancangan untuk masa depan anak-anak di tangan ibu. Ayah lepas tangan, hanya angguk dan follow sahaja. Hal ini pun tidak sepatutnya terjadi, kerana ketua keluarga itu ialah ayahnya. Menjadi tanggungjawab ayah untuk mendidik anak, merancang pendidikan anak dan gandakan usaha mencari ilmu untuk berikan yang terbaik pada anak-anak.

Peranan ibu pula hanya sebagai penyokong utama, bukan sebaliknya. Begitu juga dengan hal-hal lain berkaitan anak-anak seperti makan dan minum, susu dan pakaian, tempat jagaan, vaccine tak vaccine dan sebagainya.



5. Kahwin dah kahwin, hidup masih gaya bujang.

Ramai yang macam ini, sedangkan anak dan isteri ada di rumah. Tetapi jiwa masih acah-acah bujang. Entah kenapa, baginya melepak bergelak tawa dan minum bersama kawan-kawan itu lebih utama dari duduk di rumah memimpin keluarganya. Sesuka hati mahu buat apa sahaja, rumahnya bagaikan hotel untuk check in dan check out sekali sekala.
Masa banyak berhabis melepak bersama kawan-kawan. Ini berlaku kerana tiada sifat tanggungjawab, tidak rasa besarnya amanah dipikul dan ego sombong yang menyebabkan isteri dan anak-anak jadi mangsa.

p/s : Zaman dulu dengan zaman sekarang tidak sama lagi. Ubah cara fikir, ubah mentaliti lama jadi baru. Sekejap saja lagi sudah mahu masuk tahun 2020.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen