Resit Belanja Jangan Simpan Lama-Lama, Bahaya Untuk Kesihatan. Orang Perempuan Selalu Buat Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas berbelanja tentu sahaja anda akan mendapat resit hasil darai barangan yang dibeli. Bahkan anda akan menyimpan resit tersebut kalau-kalau nak tukar barang atau bukti pembayaran anda. Selalu simpan sahaja tetapi tak pernah dibuang segala resit yang sudah tak berguna itu.

Pasti ramai yang ada sikap seperti ini bukan? Nak-nak lagi orang perempuan, beg tangan mereka ini memang banyak resit yang tersimpan, kadang dari tahun lepas punya pun masih ada lagi.



Resit mengandungi racun

Jangan terkejut, kalau sebenarnya resit perbelanjaan ini mengandungi racun di dalamnya. Tidak ramai yang tahu bahawa resit ini mengandungi bahan berbahaya kepada tubuh badan, bahan ini adalah BPA atau Bisphenol A.

BPA adalah sebatian kimia yang biasa digunakan untuk mengeraskan plastik. Bahan kimia ini biasanya terdapat dalam bekas makanan plastik, botol plastik, dan resit kertas.



Jadi punca kanser

Dalam kajian yang melibatkan haiwan eksperimen, BPA sebenarnya boleh mengganggu fungsi hormon endokrin. Ini kerana kandungan dalam BPA mempunyai kesan yang sama seperti estrogen hormon yang boleh menyebabkan perubahan dalam kelenjar prostat dan tisu payu dara.

Walaupun kesan buruk BPA hanya terbukti dalam haiwan, penyelidik mencadangkan bahawa ia harus mengelakkan perkara-perkara yang mengandung BPA.

Seperti yang dilaporkan oleh Gabungan Pencemaran Plastik, BPA dalam resit kertas boleh mengganggu sistem pembiakan lelaki dan wanita. Ini boleh berlaku kerana menyerap sebatian kimia seperti estrogen ke dalam kulit anda.

Jika anda sering menyimpan kertas resit membeli-belah di dompet atau poket seluar anda, risiko yang boleh berlaku termasuk:

• Kanser payudara
• Kanser prostat
• Diabetes
• Obesiti

Ini terbukti melalui kajian dari tiga negara, iaitu Brazil, Sepanyol dan Perancis. Ternyata, walaupun dalam dos yang sangat kecil, ada bukti yang menunjukkan bahawa BPA dalam resit belanja dapat menajdi punca kanser.

Bukan hanya resit sahaja, BPA juga terdapat dalam;

• Tiket kapal terbang
• Tiket konsert

Ada cara istimewa untuk mengetahui sama ada resit perbelanjaan anda mengandungi BPA atau tidak. Cuba menggaru sisi resit membeli-belah anda. Sekiranya terdapat tanda gelap, resit anda mungkin mengandungi BPA.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen