Makan Tak Kenyang, Mandi Tak Basah. Penyakit Angau Ini Memang Seronok!

Oleh: Zuzu Yasmine

Angau ini adalah satu penykit yang sukar nak diubati. Siang malam asyik teringat malah lebih teruk lagi adalah makan tak kenyang, mandi tak basah. Inilah yang akan dialami oleh mereka yang berdepan dengan angau yang teruk.

Selalunya, orang angau ini kita akan kaitkan dengan mereka yang bercinta sahaja tetapi bukan mereka yang bercinta sahaja akan ada penyakit ini, mereka yang baru kahwin dan juga mula jatuh hati pun akan ada penyakit ini. Kiranya penyakit angau ini adalah orang yang sedang melalui saat-saat yang bahagia sahajalah.



Ada orang dia tak sedar yang dia telah kena penyakit ini. Akan tetapi, orang sekelilingnya boleh tahu yang mereka kena penyakit ini dengan sekali imbas sahaja. Kadang itu, crush baru cakap “hai” pun seseorang boleh angau teruk.

Nak tahu anda ini angau atau tidak, jom lihat.



1. Rasa teruja bila dapat call atau pesanan dari si dia.

Walaupun bukan jumpa secara berdepan, tetapi pesanan atau call dari dirinya mampu membuat anda tersenyum gembira malah rasa begitu seronok. Ada yang rasa mengantuk pun boleh celik mata bila buah hatinya beri pesanan. Perasaan seperti diberi kejutan sedangkan ia hanya pesanan dan panggilan sahaja. Yang bujang memang tak boleh bayang akan perasaan ini.

2. Kerap tersenyum bila teringat akan si dia.

Dia punya teringat bukan macam ingat barang yang hilang, dia punya ingat sekali package dengan berangan dan juga fikirkan masa depan. Ini yang membuatkan mereka ini seorang diri pun boleh tersenyum sampai ke telinga, sedangkan dia tak bercakap pun mengenai orang tersebut.



3. Sentiasa ingin luangkan masa bersama.

Buat anda yang bujang tentu akan hairan mengapa mereka ini selalu keluar bersama tak kira masa. Kadang itu hari-hari keluar habiskan masa bersama. Tak rasa bosan dan jemu ke kalau menghadap muka yang sama. Tentu sahaja tidak akan bosan kalau sudah terkena penyakit ini.

4. Tak ingat dah bekas kekasih

Paling seronok sebenarnya adalah, anda sudah tak ingat mengenai bekas kekasih anda ataupun apa-apa yang berkaitan menganai bekas kekasih anda. Apa yang anda ingat adalah orang yang membahagiakan dan mengembirakan diri anda ini. Cepatlah move cerita dia ini.



5. Wajah semakin berseri

Ini yang paling jelas akan terpancar. Wajah anda akan semakin berseri kerana banyak senyuman dan juga sedang melalui saat yang bahagia. Maka dengan itu, bila nak dapatkan wajah yang berseri-seri dengan mudah kenalah dapat penyakit ini dahulu, nak-nak lagi yang bujang.

Semua orang yang melalui saat ini akan terasa bahagia dan gembira, maka dengan itu anda pun janganlah lepaskan saat untuk menikmati rasa ini. Apa yang lebih bahagia apabila perasaan ini anda bahawa hingga ke ke alam perkahwinan anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen