Orang Lelaki Yang Nak Kahwin Kena Faham Ini, Kahwin Bukan Untuk Suka-Suka Je.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ambil keputusan untuk berkahwin ini bukan satu perkara yang mudah bagi seorang lelaki. Biasanya yang ambil keputusan untuk berkahwin adalah mereka yang telah matang dan betul-betul bersedia. Jadinya bila lelaki yang nak kahwin ini mereka ini sudah kenal erti tanggungjawab.

Bila anda telah membuat keputusan untuk mendirikan rumahtangga, maka anda perlu tahu tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan juga suami. Mana boleh, lepas kahwin harapkan semua pada isteri waluapun kena sama-sama tetapi anda sebagai ketua keluarga perlu menjadi pemimpin yang baik.



Apabila dilihat, untuk membina satu keluarga yang baik, suami isteri perlu mempunyai kerjasama yang baik dalam semua perkara. Tidak kiralah dalam membuat keputusan untuk keluarga atau dalam apa jua sekali pun, masing-masing kena tahu peranan suami isteri.



Jadinya, bila dah kahwin orang lelaki kena lebih peka akan perkara ini. Kahwin ini bukan untuk suka-suka sahaja, bila dah tak nak anda lepas tangan. Perkahwinan ini adalah satu perjalanan yang panjang dan juga jauh.

Bakal-bakal suami sila peka perkara ini;

1. Walaupun isteri berkerja, tapi mencari nafkah tetap tugas utama suami

Rata-rata sekarang yang boleh dilihat adalah isteri juga akan turut berkerja dalam sesebuah rumahtangga. Maka dengan suami jangan sesekali lepas tangan dalam memberi nafkah serta menunaikan tanggungjawab yang sepatutnya terhadap keluarga. Walaupun gaji isteri lebih besar atau sebaliknya, suami masih memegang tanggungjawab utama dalam mencari nafkah.



2. Dah tak boleh nak balik lambat lepas kerja, anak isteri tunggu dekat rumah

Kalau sebelum kahwin, mungkin anda boleh pergi lepak bersama rakan-rakan dahulu tanpa memikirkan siapa yang menunggu. Akan tetapi selepas berkahwin, anak dan isteri sentiasa menunggu anda setiap hari untuk berkumpul bersama. Jadinya, lepas kahwin segera pulang ke rumah tanpa berlengah kerana mereka menanti anda setiap masa.

3. Bukan kena berkumpul dengan kawan-kawan untuk lepak tapi bersama keluarga

Lepas dah berkahwin ini, keluarga anda adalah keutamaan anda. Bukan rakan-rakan ataupun hobi anda tetapi adalah keluarga anda. Kurangkan berkumpul bersama rakan-rakan anda tetapi lebihkan masa bersama keluarga anda. Ini kerana, keluarga anda akan menjadi tulang belakang yang paling utama buat diri anda.



4. Anda pun ada ada tanggungjawab dalam mendidik dan mengasuh anak

Jangan dilupakan akan perkara ini, bahkan jangan lupa akan tanggungjawab ini. Mendidik dan mengasuh anak ini bukan satu tanggungjawab isteri tetapi ia juga adalah tanggungjawab seorang suami dan juga bapa. Maka dengan itu jangan lepas tangan dengan membiarkan isteri anda menguruskan semuanya.

5. Ukuran kerjayaan anda bukan wang ringgit, tapi kebahagiaan anak dan isteri.

Selalunya kita akan ukur kerjayaan seseorang menggunakan wang ringgit dan juga pangkat. Akan tetapi selepas berkahwin, semua perkara itu akan jatuh yang kedua. Yang paling utama adalah kebahagiaan anak dan juga isteri anda. Apabila keluarga anda bahagia, maka segala kerjayaan akan mendekati diri anda.

Isteri dan anak-anak ini adalah amanah, jangan persiakan mereka tetapi sentiasa beri mereka kebahagiaan dengan kasih sayang anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen