Apabila Intovert Mula Menyukai Anda, Ini Langkah Yang Akan Dia Ambil. Diam-Diam Ubi Berisi Juga Mereka Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan tak ada yang berkenan dan berminat dengan diri anda, cuma anda sahaja yang tak nampak siapa orangnya itu. Bukan itu sahaja, kadang kala sikap seseorang itu yang membuatkan anda tak yakin bahawa dia sedang memerhatikan diri anda. Sebab itu masih single lagi.

Bila nak cari jodoh dan mengharapkan seseorang ini, anda kena lebih bijak dalam memerhati dan juga meneliti. Mana tahu anda tersedar usaha seseorang untuk mendekatkan dirinya kepada anda. Eh, tapi jangan sampai perasan pula.


Nak-nak lagi bila ada introvert yang menyukai anda, tentu sahaja anda tak akan tahu kerana mereka ini pendiam dan juga bukan seorang yang mudah luahkan isi hati. Haaa, paling penting sekali bila anda yang minat dekat si introvert itu, macam mana nak tahu dia beri respon yang baik?

Perubahan tingkah laku

Paling mudah nak nampak kalau ini berlaku pada introvert. Biasanya introvert ini adalah seorang yang pendiam dan kurang bercakap, tapi bila dengan anda dia adalah orang yang berlainan. Boleh jadi dia akan jadi seorang yang peramah banyak dan pandai buat lawak spontan. Kalau ini anda nampak pada dirinya, dia sedangn ambil hati anda itu.

Berusaha untuk mendekatkan diri dengan anda

Dari pemalu terus mula cuba untuk mendekatkan diri dengan anda. Haa.. nampaknya anda telah mendapat tempat di mata dirinya. Bila introvert berkelakuan seperti ini, ia menunjukkan bahawa anda telah menarik perhatian dirinya. Maka dengan itu, dia amat tertarik untuk kenal anda dengan lebih dekat lagi.



Flirt melalui text atau social media

Tak berani cakap depan-depan, mereka akan guna kaedah lain pula. Apa yang mereka akan lakukan adalah dengan ‘mengayat’ anda menggunakan text atau media social. Bijak menggunakan emoji, menggunakan ayat yang manis serta kerap menarik perhatian anda untuk menghubungainya selalu adalah taktik yang akan dia guankan. Haaa... orang introvert ini diam-diam ubi berisi.

Lebih terbuka dengan anda

Biasanya introvert ini adalah orang suka simpan rahsia dan juga tidak suka berkongsi, jadinya bila dia lebih terbuka dengan anda itu tandanya anda berjaya dapat tarik minat dirinya. Berkongsi dengan pandangan, minat dan juga pendapat peribadi ini bukan mudah untuk mereka tapi kalau dah minat mereka akan mudah untuk berkongsi sahaja.

Introvert ini mungkin agak perlahan bertindak, tapi dalam diam mereka ini merancang dengan susunan yang teratur dan sesuai buat dirinya. Jadi yang minat introvert ini, maka kenalah selalu perhatikan si dia. Mana tahu diam-diam dia sudah mula atur langkah.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen