5 Pantang Larang Kaum Lelaki.

Ish pantang betul bila awak selalu soal saya ke mana sahaja saya pergi? Rimas tahu tak?

Itu keluhan yang keluar daripada mulut seorang kenalan. Marah sungguh, lalu dia bangkit dan tinggalkan kekasihnya itu terpinga-pinga. Hah, baru si dia tahu. Lelaki jika soal pantangnya tak dipatuhi, inilah yang terjadi. Pantang sinonim dengan keadaan ‘berjaga-jaga’ mengikut adat selepas bersalin buat kaum wanita bukan? Namun, jangan anda terkejut, lelaki juga punya ‘pantang’ tersendiri yang wajar diikutkan sahaja oleh si wanita, terutama sekali dalam bab hubungan. Berikut lima pantang berdasarkan survei yang kami lakukan terhadap responden lelaki




1. Ungkit kisah lama.

Secara umumnya wanita dikenali memiliki daya kemampuan mengingati peristiwa dengan terperinci. Oleh itu, jika wanita kerap mengomel malah membangkitkan isu-isu yang telah lepas, maka ini bisa menaikkan kemarahan si dia. Lelaki sebenarnya dikenali dengan sikap kurang ambil peduli akan kisah serta pengalaman yang tidak berikan apa-apa kepentingan kepada mereka.


2. Banyak soal.

Adakah benar wanita suka berdialog? Menyoal bagi mencari kepastian sudah menjadi kebiasaan, tidak ubahnya seperti seorang inspektor polis. Jika begini, tidak semua lelaki ingin mendekati. Lelaki sebenarnya kurang selesa apabila ditusuk pelbagai soalan remeh yang menjengkelkan. Contohnya, “awak ke mana dengan kawan-kawan awak, kenapa awak buat begitu dan lain-lain?”.



3. Perlaku bak budak-budak.

Ini juga pantang bagi si lelaki. Sudah diketahui umum, lelaki punya egonya yang tersendiri. Kalau boleh, biarlah apa yang dilakukan atas kerelaan diri sendiri tanpa memerlukan seorang ‘ibu’ untuk memberikan kebenaran. Lelaki sebenarnya lebih selesa dengan wanita yang merelakan mereka ‘menjadi diri sendiri’.


4. Mengongkong.

Ternyata ramai lelaki perlukan ruang serta masa untuk menyendiri. Mereka juga kadangkala perlukan sesi berinteraksi bersama dengan kaum sejenis mengenai perkara-perkara yang hanya mereka faham. Maka anda si wanita juga perlu ingat, perhubungan tidak hanya tertumpu pada ‘kisah’ anda berdua sahaja. Ia sebenarnya lebih daripada itu.




5. Tidak tahu menyimpan rahsia

Ini antara pantang paling utama bagi si lelaki. Bila bercakap mengenai rahsia mahupun gosip pastinya minda kita tertumpu pada kaum hawa. Lelaki amat mementingkan hak privasi terutama sekali dalam perihal hubungan. Maka, ada perkara tertentu yang tidak perlu didedahkan walaupun ia dianggap lucu bagi kaum wanita.


Pantang lain si lelaki.

– Pantang apabila dompetnya diselongkar tanpa minta kebenaran


– Pantang minta berborak atau minta bantuan ketika sedang menonton televisyen, terutamanya ketika menonton perlawanan bola sepak.

– Pantang waktu tidurnya diganggu.

– Pantang diminta buat sesuatu yang tidak disukai.

– Pantang kenderaannya tidak dijaga rapi

“Memang tidak dinafikan lelaki punya pantangnya tersendiri. Paling pantang jika wanita meninggikan suara terhadap mereka sebab egonya yang tinggi. Oleh itu, masing-masing kena saling memahami”

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen