Terima Lamaran Kahwin? Jangan Terus Bersetuju. Baik Lakukan Solat Istikarah Terlebih Dahulu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tiba-tiba dilamar oleh seseorang?

“Eh, dia itu jodoh aku ke?”

“Ke bukan?”

Bila seseorang melamar anda, tetapi hati pula rasa ragu-ragu tapi kalau tolak, macam mana dia itulah jodoh yang anda cari selama ini. Hati berbelah bagi, mulut pula tak tahu nak kata ya ataupun tidak memang sangat merungsingkan.



Bila seseorang yang anda tak kenal dan tak yakin bahawa dia jodoh anda, maka ambillah peluang ini untuk melakukan solat istikarah dulu. Jangan cepat sangat menolak ataupun berkata ya. Jalan terbaik adalah meminta pertunjuk daripada Allah.

Pada kita mungkin dia adalah jodoh yang dikirimkan Allah, tetapi bila dah bersetuju lain pula jadinya. Boleh jadi juga kalau tolaj yang ini, dia adalah yang terbaik.



Allah telah nyatakan dalam al-Quran,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengethaui.” – Al Baqarah;216)

Bila kita dalam dilema untuk melakukan satu keputusan atau perbuatan, maka solat istikarah adalah yang paling terbaik sekali untuk mengetahui segala keputusan dan juga jawapan. Bila istikarah ini, hati kita biar Allah yang ‘pandu’ dan kita menjadi ‘penumpang’ supaya jawapan nanti juga datang daripada Allah bukan dari pada ‘sangkaan’ kita.

Namun adalah diingatkan bahawa petunjuk yang diberi ini bukan diberi selepas anda lakukan solat istikarah ini. Boleh jadi dia ambil masa, malah boleh jadi anda perlu lakukan berulang kali baru dapat petunjuk yang betul-betul mantap di hati anda.



Petunjuk itu pula bukan datang melalui mimpi sahaja, boleh jadi ia datang dari kata-kata orang lain. Boleh jadi juga kalau ia datang melalui restu ibu bapa yang betul-betul mahukan anda berkahwin dengan dirinya dan macam-macam lagi.

Kadang kala juga, jawapan istikarah ini bergantung kepada kecenderungan hati kita sendiri. Rasa tak tenang, teringat dan rasa begitu serabut. Boleh jadi itu yang terbaik dan boleh jadi juga tidak. Bergantung sebenarnya.

Cuma, berkahwinlah kerana Allah. Kerana ingin mencari redha Allah serta makin dekat dengan Allah. Bukannya berkahwin, siapa pasangan kita, hartanya atapun pangkat yang dia miliki.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen