Ini Bukti Dia Serius Dengan Anda Bukan Main-Main, Jangan Takut Untuk Terima Dirinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Nak tahu seseorang yang betul-betul serius dengan kita sememangnya susah. Kadang itu, kita yang terlalu cepat sangat perasan seseorang serius dengan kita sedangkan si dia itu tak apa-apa pun, Cuma anggap biasa-biasa sahaja. Tapi itulah, susah nak duga seseorang yang ingin serius dengan kita.

Kadang itu, bila seseorang dah serius dengan kita, eh tiba-tiba pula hati berbelah bagi. Macam tak percaya pun ada juga, macam sangsi pun ada juga. Eh, macam-macamlah kiranya.


Keseriusan seseorang tersangatlah penting untuk membuat kita juga serius terhadap hubungan tersebut. Bukan hanya itu, serius itu juga perlu untuk memudahkan langkah ke alam perkahwinan. Jadi macam mana nak kenal seseorang itu serius dengan kita atau sebaliknya?

6 tanda si dia serius dengan diri anda.



1. Sentiasa ada susah dan senang ada.

Dia adalah orang yang sentiasa menyokong anda disaat susah dan senang anda. Dia mana, dia tidak akan cuba memberi semangat yang paling berkesan buat anda. Dia tak akan membiarkan anda berdepan dengan masalah secara bersendirian, akan tetapi dia akan turut serta untuk memudahkan segalanya.

2. Tidak akan ambil kesempatan ke atas diri anda.

Bila dia mahukan anda, dia tidak akan ambil kesempatan ke atas diri anda. Dia tahu batas-batasnya, malah dia juga tahu siapa dirinya. Dia bukan sahaja tidak ambil kesempatan ke atas maruah anda tetapi juga terhadap kewangan mahupun kebaikan hati yang anda miliki.



3. Tidak berpura-pura.

Seseorang yang mahu anda bersamanya selamanya adalah orang yang akan menjadi diri sendiri apabila berdepan dengan anda. Dia tidak akan berpura-pura menjadi orang yang anda sukai, sebaliknya membuat anda menyukai siap dirinya.

4. Terima keluarga anda seadanya.

Tidak akan cuba masuk campur dalam urusan keluarga anda malah sentiasa cuba mendekatkan diri dengan keluarga anda. Dia akan terima dengan hati terbuka siapa keluarga anda malah tidak akan memandang secara negatif. Apa yang paling jelas anda bioleh lihat, dia akan sentiasa cuba mendekatkan diri dengan keluarga anda.



5. Bersedia untuk masa depan.

Apabila seseorang telah memikirkan dan merancang masa depan, itu bermakna dia telah bersedia dengan masa depannya. Dia juga tahu mahu melakukan apa terhadap masa depannya. Jika dia juga meletakkan anda dalam masa depannya, itu tandanya dia menginginkan anda terus bersamanya.

6. Ajak anda kahwin.

Paling jelas dan nyata. Seseorang yang serius dengan anda tidak akan ambil masa untuk menghalalkan hubungan yang sedia anda, dia akan segera mengajak anda kahwin kerana dia takut akan kehilangan anda.

Jika anda lihat perkara ini dalam diri si dia, jangan terlalu bimbang lagi. Percayalah dia sedang serius dengan anda dan menantikan segala jawapan dari anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen