Serah Cinta Pada Yang Sudi.

Oleh: Rafi

Perasaan cinta sukar untuk difahami. Ada ketikanya tiba-tiba sahaja kita rasa suka pada si polan. Terasa ingin selalu bersamanya, ingin menjadi kekasihnya dan sehidup semati dengannya. Apabila hal sebegini berlaku, kita mulalah terfikir, oh adakah ini cinta? Sebelum cinta mulai membenih di dalam hati, anda seharusnya berhati-hati. Serahkan perasaan cinta itu kepada si dia yang sudi menerima anda seadanya. Janganlah nanti kita hanya bertepuk sebelah tangan kerana hal sedemikian amat menyakitkan. Dalam hal ini, biarlah lelaki yang memulakan. Bukan tidak boleh orang perempuan memulakan hubungan cinta. Namun disebabkan adanya sifat malu yang menebal dalam kalangan perempuan, membuatkan selalunya perempuan lebih suka menunggu. Ada sesetengah pendapat menyatakan bagi seseorang perempuan, lebih baik perempuan itu menyerahkan cintanya kepada lelaki yang menyayanginya berbanding kepada lelaki yang perempuan itu sayangi. Ini kerana lelaki yang menyayangi perempuan itu akan lebih membahagiakan berbanding lelaki yang disayangi oleh perempuan itu. Kasih sayang seorang perempuan akan membenih apabila melihat kesungguhan lelaki itu menyayangi dan mencintainya.



Jaga hati.

Kita boleh lihat kesungguhan seseorang itu menyayangi kita melalui perbuatannya. Dia ambil berat dan selalu menjadikan kita rasa dihargai. Jangan tersalah memberikan hati dan cinta kepada individu yang salah. Hal ini boleh menyebabkan hati jadi parah. Lebih-lebih lagi bagi perempuan yang bekerja. Anda mempunyai wang sendiri dan harta yang dikumpul dengan titik peluh sendiri. Jangan sampai jatuh cinta pada lelaki yang sekadar mahu mengambil kesempatan terhadap harta yang anda miliki. Jangan mudah terpedaya dengan cinta daripada si dia yang tidak jujur. Orang kata cinta itu buta. Namun anda perlu 'celik' untuk lebih mengerti dan mengenal pasti kejujuran seseorang. Jangan mudah terpedaya mulut manis, bicara bermadah dan pujuk rayu si dia. Pendek kata, awas dan hati-hati.



Kenal pasti.

Untuk mengenal pasti si dia yang benar-benar menyayangi anda, lihat sahajalah pada kesungguhannya. Jika anda meminta dia bertemu dengan orang tua anda, adakah si dia mahu? Jika banyak helahnya, itu menunjukkan si dia masih belum pasti untuk membawa hubungan anda ke arah yang mana satu. Jangan rosakkan hati anda dengan sesuatu yang tiada kepastian. Lebih baik pilih si dia yang benar-benar sudi menerima anda seadanya. Lupakan individu yang hanya cuba mengambil kesempatan. Boleh juga dapatkan pandangan daripada ibu bapa untuk menentukan mereka yang benar-benar ikhlas menyayangi anda. Selalunya pendapat orang tua amat bermakna. Ini kerana mereka mempunyai mata hati yang boleh menilai kejujuran seseorang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen