'Aura' Ibu Tunggal Memang Lain Macam, Patutlah Menjadi Pilihan Lelaki Bujang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Antara janda dan juga anak dara, mana menjadi pilihan anda? Satu pilihan yang mungkin sukar buat orang lelaki, tetapi anda juga yang menganggap ia mudah sahaja. Setiap orang mempunyai pilihan mereka yang tersendiri, mengikut apa yang mereka inginkan.

Akan tetapi, ramai yang menganggap bahawa aura seorang ibu tunggal, janda atau balu ini lebih luar biasa berbanding anak dara. Selain dari menjimatkan wang hantaran, wanita-wanita seperti ini sememangnya mempunyai aura yang tersendiri.


Sebab itu, bila seseorang mula memegang status ini, ramai sahaja wanita-wanita memandang serong terhadap mereka sekaligus memandang rendah. Tak cukup dengan itu sahaja, ada juga yang bimbang kalau-kalau suami mereka ini diganggu hanya gara-gara status mereka.

Aura yang dimiliki oleh wanita ini bukan sahaja boleh mendekatkan lelaki tetapi juga boleh menakutkan kaum isteri. Apa yang aura dimiliki mereka ini...



1. Daya penarik.

Ada yang beranggapan bahawa wanita yang berstatus ini mempunyai daya penarik yang sangat berlainan berbanding anak dara. Mereka ini boleh dikatakan pandai bergaya bersesuaian seperti apa yang orang lelaki mahukan. Bukan itu sahaja, mereka ini juga pandai ambil hati dengan senyumannya yang manis.

2. Lebih memahami.

Satu perkara yang tidak asing lagi, ramai lelaki yang menyatakan bahawa wanita ini lebih memahami berbanding anak dara. Tahu bagaimana untuk memujuk dan menyejukkan hati pasangan mereka. Bukan itu sahaja, mereka ini juga dikatakan bukan mudah memaksa-maksa tetapi lebih mendengar kata.



3. Berpengalaman.

Ini yang paling mahal sebenarnya. Bagi orang lelaki, pengalaman yang dimiliki dalam menguruskan anak-anak dan rumahtangga adalah sangat penting. Wanita yang memegang status ini biasa lebih mahir dalam menguruskan anak-anak serta rumahtangga mereka. Sebab itulah orang lelaki cepat jatuh sayang dengan kemahiran yang mereka ada ini.

4. Seorang yang penyayang.

Mereka yang seperti ini lebih mudah menonjolkan sifat kasih sayang mereka terhadap anak-anak. Nak-nak lagi jika mereka ini mempunyai anak mereka sendiri. Tentu sahaja sikap keibuan dan juga penyayang akan lebih terserlah.



5. Tidak jual mahal.

Apa yang lebih menarik mereka ini adalah mereka tidak terlalu jual mahal serta mudah untuk didekati. Mereka ini memudahkan usaha orang lelaki malah sentiasa membuka peluang buat mana-mana lelaki. Malah mereka juga tidak memandang rendah mana-mana lelaki. Itu yang lelaki suka akan wanita ini.

Namun begitu, setiap orang mempunyai pilihan mereka yang tersendiri. Ada yang sukakan wanita berstatus seperti ini ada juga menyukai wanita yang masih bergelar anak dara. Semuanya itu bergantung kepada jodoh anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen