Dapatkan Kulit Wajah Yang Berseri Hanya Menggunakan Kunyit, Bakal Pengantin Kena Cuba Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila bakal bergelar raja sehari ini tentu segala persiapan sedang sibuk dilaksanakan. Baik yang perempuan atau lelaki tentu melakukan pelbagai persiapan sekaligus membuatkan hati terasa teruja dan juga berdebar. Kalau boleh segala persiapan yang dilakukan itu berjalan lancar malah segalanya telah bersedia.

Tak naklah bila majlis berlangsung, itu tak kena, ini tak cukup. Kalau boleh semuanya dah sempurna. Akan tetapi dalam anda sibuk melakukan persiapan itu ini, jangan lupa juga akan persiapan untuk tubuh badan dan juga wajah anda. Mana tidaknya, anda bakal jadi tumpuan pada hari tersebut, kalau muka tak berseri dan badan tak bertenaga tentu rasa tak seronok.


Kalau anda rasa tak ada masa nak pergi spa kerana terlalu sibuk lakukan persiapan, apa kata jenguk sedikit barang yang di dapur itu. Tentu ada barang yang sesuai digunakan buat diri anda, terutamanya kunyit.

Bukan sekadar untuk diletakkan pada makanan sahaja, kunyit juga mempunyai fungis untuk memberi seri pada kulit wajah anda. Apa fungsi kunyit pada wajah anda.



1. Sebagai pembersih

Mula-mula sekali, anda hendaklah membersihkan wajah dari sebarang kekotoran sebelum menggunakan kunyit pada kulit.

Sediakan setengah sudu serbuk kunyit dan campurkan dengan sedikit tepung dan beras hancur. Gaulkan kesemua bahan-bahan tadi sehingga sebati. Sapukan ke wajah sehingga rata. Biarkan selama 20 minit dan barulah boleh dibilas dengan menggunakan air yang suam. Ulangi kaedah ini sebanyak dua kali bagi mengekalkan kelembapan kulit yang sihat.

2. Skrub

Bersihkan wajah anda terlebih dahulu. Kemudian barulah anda lakukan exoliation sebagai skrub. And aboleh gunakan serbuk kunyit sebagai bahan utama semulajadi yang mudah didapati di dapur.

Sediakn sesudu serbuk kunyi, sesudu gula dan sedikit minyak kelapa kemudian gaulkan sehingga sebati. Sapukan pada kulit wajah dan lakukan sedikit urutan secara perlahan supaya mampu menyingkirkan selkulit mati. Biarkan selama 5 minit dan cuci wajah sehingga bersih dan lapkan.



3. Masker

Masker merupakan cara terakhir supaya kulit wajah anda kelihatan lebih cerah dan bercahaya. Selepas melakukan pembersihan ini, kulit akan menjalani proses pengelupasan dan teruskan penggunaannya. Ia mampu memberikan kesuburan pada tekstur kulit supaya sihat dari dalam.

Anda boleh gaulkan kunyit dengan sedikit madu asli sehingga sebati. Sapukan bahan tadi ke keseluruhan kulit wajah sehingga ke leher dengan rata. Biarkan selama 15 minit kemudian lap dan bilas dengan bersih. Ulangi rutin ini sebanyak 2 kali seminggu bagi mendapatkan keberkesanan yang memuaskan.

Namun diingatkan untuk melakukan perkara ini lebih awal. Bukannya sehari sebelum majlis anda berlangsung. Takut bersanding dengan muka yang kuning nanti.

Selamat mencuba!


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen