"Dan Hendaklah Ia Berlemah Lembut..." Sedikit Nasihat Da'i Luqman Buat Para Lelaki.

Oleh: Zuzu Yasmine

Isteri ini penuh dengan emosi walaupun dari luarannya mereka ini terlihat penuh dengan senyuman yang manis tetapi bila anda yang melukakan hatinya, dia boleh berubah menjadi seseorang yang sangat keras walaupun melalui senyumannya.

Sebagai seorang suami, anda seharusnya memberi pimpinan yang baik kepada isteri anda. Apabila melihat dirinya seperti hilang arah, mula beri sokongan dan pimpin tangannya. Bukannya melepaskan segala kesalahan kepadanya dan membiarkan dia memperbaiki silapnya sendiri.


Bila ada salah betulkan, tegur dan bimbing isteri ke jalan yang betul dan diredhai Allah. Hidup sebagai suami isteri ini harus seimbang dan saling berpimpin tangan. Kalau salah satu lepaskan tangan, maka terumbang ambing lah sepihak lagi.



Sedikit nasihat daripada Da’i Luqman melalui account Instagram beliau buat kaum lelaki. Semoga nasihat dan teguran ini sama-sama dapat memperbaiki rumahtangga kita bersama.

NASIHAT BUAT PARA SUAMI, BAKAL SUAMI DAN YANG TAK MAU JADI SUAMI





Allah berfirman dalam Al-Quran sebagai suatu nasihat menerusi Surah An-Nisa' ayat 19 :

"Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)"

Dan berbalik kepada Surah Al-Kahfi ayat 19 tu, Allah nasihat supaya cakap yang baik-baik tanpa buka aib/cerita. Begitu juga halnya kita dalam hidup bersuami isteri. Kalau nak ceraikan jugak isteri, silakan, tapi adab dan akhlak tu tolong jaga. Walau dia dah jadi 'bekas' isteri atau 'bekas' suami, aib tetap kena jaga as a Muslim.

Dan ini jugak untuk kita sebagai masyarakat biasa, perlu berkata yg lembut-lembut, dan tak perlu nak membongkar segala cerita. Wallahua'lam

Bukti Al-Quran adalah mukjizat, bukan makhluk. Segala jawapan ada dalam Al-Quran, beruntung bagi orang yg suka mencarinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen