"Mimpi Dipatuk Ular Petanda Bakal Dipinang", Pasti Hati Si Gadis Teruja Dengar Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang tua-tua dulu banyak pesanan mereka ini, bab-bab pantang larang memang sangat banyak dan begitu terjaga. Tapi bukan pantang larang, petanda itu ini pun kadang kala mereka lebih memahami dan selalu pesanan kepada anak cucu mereka. Cuma bila dah jadi orang yang sedikit moden, tentu sudah kurang percaya akan perkara-perkara sebegini.

Ada yang pernah dengar mengenai kalau si gadis bermimpi dipatuk ular, maka dia akan dilamar atau dipinang tak lama lagi? Ada juga yang berpendapat bahawa ia sekadar mainan tidur atau terlalu memikirkan sehingga membawanya ke dalam tidur.


Seperti kisah realiti yang dialami sendiri Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sendiri apabila beliau diijab kabulkan dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah!
Menurut Tunku Azizah, tiga minggu sebelum rombongan diRaja datang melamarnya, baginda telah bermimpi dipatuk ular! Tunku Azizah menceritakan

“Dalam mimpi itu, saya duduk dalam sebuah bilik, semuanya serba kuning dan saya duduk di atas singgahsana seperti di istana.”

Tiga minggu kemudian, pada hari jadi Tengku Mahkota Pahang, Paduka Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengumumkan putera baginda akan mendirikan rumah tangga!



Selepas pengumuman itu, Tunku Azizah terus mendapat panggilan telefon “seseorang” dari Pahang yang memberitahu Sultan Ahmad Shah mahu baginda berkahwin dengan Tengku Mahkota Pahang.

Tafsiran mimpi dipatuk itu mungkin “kena” dengan status baginda yang masih bujang ketika itu. Tapi bagaimana pula jika seseorang yang sudah berkahwin mimpi akan mimpi yang sama?

Orang yang sudah berkahwin mimpi dipatuk ular, adakah ia petanda yang buruk?

Ada juga yang menyatakan bahawa ia sekadar mainan tidur sebab itulah ketika waktu kecil ibu bapa sering menasihati anda agar membasuh kaki dan berdoa terlebih dahulu sebelum masuk tidur.

Sebenarnya, perkara ini adalah adab supaya kita tidak mendapat mimpi buruk, dan tidur kita sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Tapi tak ramai yang tahu, setiap tingkah laku, perbuatan, mahupun tabiat kita sendiri juga boleh menjejaskan ketenangan lalu mendorong berlakunya mimpu buruk ketika tidur!



Menurut pendakwah bebas, Mohd Fakhrurrazi Mohd Hanapi, tafsir mimpi yang dipercayai oleh masyarakat itu sebenarnya tidaklah bersandar pada mana-mana dalil syarie yang disepakati ulama.

Malah, kitab rujukan seperti Tajul Muluk sendiri bukanlah kitab muktabar dan hanyalah dijadikan petua orang dulu-dulu sahaja.

“Sebagai orang Islam, panduan kita terhadap tafsir mimpi sepatutnya berlandaskan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang berbunyi.-

Janganlah engkau ceritakan mimpi itu kecuali kepada orang yang alim atau orang yang cerdik akalnya.”

Malah, Mohd Fakrurrazi menambah, Nabi SAW sendiri sudah mengajar umatnya supaya berlindung kepada Allah SWT daripada kejahatan iblis dan syaitan. Ini termasuklah ketika anda mengalami mimpi buruk atau terkejut dari tidur.

“Di dalam hadis mursal riwayat Ibnu Sunni diriwayatkan oleh Muhammad bin Yahya bin Hibban bahawa Khalid bin al-Walid mengadu kepada Rasulullah SAW yang dia tidak boleh tidur malam.

“Baginda mengajar doa supaya dapat berlindung kepada Allah iaitu: ‘Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan dan daripada keburukan mimpi.’

Malah, sebuah hadis marfu’ riwayat at-Tirmizi meriwayatkan Nabi SAW bersabda, apabila salah seorang daripada kamu bermimpi dengan mimpi buruk, janganlah dia ceritakan kepada orang lain dan hendaklah dia bangun lalu solat.

Katanya, mimpi ada tiga jenis menurut ilmu perubatan Islam iaitu mimpi benar, mimpi daripada syaitan dan mimpi mainan tidur.

Oleh sebab itu, tafsiran mimpi tidak boleh dijadikan sandaran atau hukum. Jangan anda lupa, mimpi ketika tidur bukan hanya disebabkan makhluk halus semata-mata.

Tapi ia juga boleh disebabkan oleh tekanan emosi, psikologi, perjalanan darah dan sebagainya. Maka sudah terjawab di sini yang mimpi dipatuk ular tidaklah membawa sebarang maksud, melainkan secara kebetulan semata-mata.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen