Usaha Kadang Kala Bukan Hanya Mencari Sahaja, Tetapi Baca Surah-Surah Ini Pun Usaha Mencari Jodoh Yang Masih Tak Nampak Bayang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jodoh itu sukar untuk diduga bila datang mendekati kita. Ada orang ditakdirkan untuk berjumpa jodohnya awal, ada pula yang berjumpa jodohnya agak lambat berbanding rakan yang lain. Jodoh yang datang pada setiap orang itu berlainan waktu dan masanya.

Malah, setiap mereka yang sedang menunggu jodoh ini juga mempunyai cara yang berlainan untuk bertemu dengan jodoh mereka. Ada yang berusaha untuk mencari sendiri, ada yang berdoa, dekatkan diri dengan Allah malah meminta bantuan saudara mara dan orang sekeliling. Setiap dari kita mempunyai usaha yang berbeza dalam mencari jodoh.


Surah al-Dhariyat ayat 49 yang bermaksud: “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati akan kebesaran Allah.”



Buat yang sedang mencari jodoh, amalkan surah ini agar cepat menerima jodoh yang ditunggu.



Gandingan Surah Yusuf (ayat 4) dan Surah Taha (ayat 39)

Keistimewaan yang Allah SWT berikan kepada manusia untuk mengeratkan hubungan sesama manusia terutamanya dalam kalangan ahli keluarga, suami isteri, anak-anak mahupun sahabat adalah dengan gandingan kedua-dua ayat ini.
Cara untuk mengamal adalah dengan membaca Surah Yusuf (ayat 4) diikuti dengan Surah Taha (ayat 39) sebanyak tiga hingga tujuh kali selepas solat. Anda boleh juga membaca dua ayat ini di dalam hati apabila anda ingin bertemu dengan orang yang anda hajati.



Surah Taha (ayat 131-132)

Maksud sebalik ayat-ayat ini, Allah memberi peringatan kepada manusia supaya jangan lalai dengan kelebihan di dunia kerana kurniaan lebih abadi berada di kehidupan akhirat nanti. Maka, Allah SWT memerintahkan supaya umatnya teruskan usaha dan banyakkan bersabar serta bergantung kepada Allah SWT sebagai pemberi rezeki dan perancang. Dan salah satu rezeki yang dimaksudkan Allah SWT adalah jodoh. Amalkan potongan surah ini selepas anda menunaikan solat fardhu sebagai doa untuk mendekatkan diri dengan jodoh yang baik.



Surah Qashash (ayat 24) – Doa Nabi Musa A.S

Mungkin kerana sering sekali dikecewakan ataupun masih belum lagi dipertemukan dengan jodoh yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup penyebab ada yang di kalangan kita mudah berputus asa dengan kurniaan jodoh. Pengajaran daripada kisah Nabi Musa A.S yang diberikan pelbagai jenis ujian. Baginda berdoa dengan doa ini ketika berada dalam permasalahan, lalu Allah SWT mengeluarkannya daripada situasi berikut. Maka, kita boleh lah mengamalkan doa Nabi Musa A.S ini.



Surah An-Nur (ayat 26)

Ayat ini diturunkan apabila Aisyah R.A difitnah pada zaman Rasulullah SAW. Dan makna sebalik ayat ini menyatakan bahawa lelaki-lelaki yang baik akan dikurniakan pasangan perempuan yang baik. Jadi boleh mengambil pengajaran daripada ayat ini untuk sentiasa memperbaiki diri ini untuk mendapat jodoh yang baik juga.

Jodoh yang datang itu perlukan masa untuk mendekati kita. Apa yang penting, anda sentiasa mendekatkan diri anda kepada Allah, kerana Dia lebih tahu segala-galanya buat anda.

Seperti dalam surah Al-Imran ayat 54:
“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen