Wanita Yang Mudah Menangis Adalah Mereka Yang Setia & Baik Hati.

Oleh: Zuzu Yasmine

Air mata dan juga wanita bukanlah satu perkara yang asing lagi. Akan tetapi, ada juga yang berpendapat bahawa, wanita yang mudah menangis ini adalah wanita yang lemah malah suka menggunakan air matanya untuk mendapat belas kasihan dari orang lain. Akan tetapi tidak semua wanita mudah menangis.


Sering kali kita anggap bahawa air mata ini adalah tanda kelemahan seseorang, sedangkan air mata ini juga boleh menjadi sebagai satu perasaan, serta sikap seseorang. Tahukah anda bahawa wanita yang mudah menangis ini adalah mereka yang setia serta seseorang yang baik.

Wanita yang mudah menangis ini adalah seorang yang setia, mudah untuk berasa rindu malah berat melepaskan kasih sayangnya.



Apa yang ramai orang tidak tahu adalah, wanita yang mudah menangis ini adalah mereka yang setia. Malah setiap kali berjauhan dengan orang yang dia sayangi dan terasa rindu, dia juga mudah menitiskan air matanya. Tidak hanya itu sahaja, untuk melepaskan seseorang yang dia sayangi pun akan menjadi berat buat dirinya, walaupun perpisahan itu hanya sekadar sementara. Mereka ini mempunyai senyuman yang menyenangkan untuk orang yang mereka sayangi.

Sering kali nampak sikapnya yang seolah-olah manja ini tentu akan memberi tanggapan negatif terhadap dirinya. Walaupun pada hakikatnya, dia ini adalah orang yang mesra dan memiliki hati yang lembut terhadap orang sekeliling.

Walaupun mudah menangis, tetapi air matanya bukan digunakan sebagai senjata untuk mempergunakan orang lain.

Selalu sangat orang akan anggap air mata wanita ini adalah senjata untuk melemahkan lelaki, ada juga yang menyatakan bahawa air mata ini hanya untuk membuatkan seseorang kasihan kepada dirinya. Sedangkan, buat mereka yang mudah menangis ini tidak seperti itu. Air mata akan mengalir apabila ada sesuatu yang berlaku bukannya kerana dia ingin dikasihani ataupun ingin minta semnpati dari orang lain.



Mungkin akan ada yang melakukan perkara seperti itu, tetapi tidak semuanya seperti itu. Air mata yang keluar itu kadang kala adalah keikhlasan kita terhadap seseorang yang tidak boleh dipertikaikan.

Biasanya wanita yang mudah menangis ini mudah memaafkan lalu mudah diambil kesempatan oleh orang lain.

Dengan air mata, seseorang boleh menjadi lembut hati dengan orang lain. Mudah melupakan dan memaafkan setiap kesalahan orang lain tanpa perlu dipinta. Akan tetapi, mereka ini juga akan sering kali diambil kesempatan dengan sikapnya yang mudah memaafkan itu.

Paling unik sebenarnya mereka ini selesaikan masalah mereka dengan menggunakan air mata mereka.

Setiap orang tentu mempunyai cara yang berbeza dalam menyelesaikan masalah. Ada yang akan pergi berhibur bersama rakan-rakan, pergi shopping atau meluahkan kepada orang sekeliling. Tetapi buat mereka yang mudah menangis ini, mereka menggunakan air mata sebagai cara untuk tenangkan diri dan berdepan dengan masalah mereka. Selepas sahaja selesai dan puas menangis, mereka akan bangkit dengan semnagat yang baru.



Jangan terlalu mudah memandang remah akan wanita yang mudah menangis ini. Kadang kala, kekuatan dan kelembutan hati mereka ini lain dari yang lain. Akan tetapi, jika anda sering kali mengambil kesempatan terhadap mereka ini tentu sahaja dia akan berubah menjadi orang yang tidak anda kenali.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen